Monday, January 11, 2010

12. Nada Murni -Nasyid Lagenda



  1. Ketika ak menulis catatan ini, ak terngiang kembali memori zaman ketika ak kecil. Sungguh indah di kala waktu itu.

  2. Ak membesar dengan lagu-lagu zaman era 90-an, oh ibu (mamat) , suci dalam debu (iklim), engkau bagai air yang jernih~~~~..... kartun aladin, power rangers, rancangan sinaran pasport kegemilangan yang melahirkan bakat seni seperti mazlan pet-pet, shamshul ghau-ghau, saiful apek, dan pelbagai lagi.

  3. Tidak kurang juga dengan lagu nasyid yang menusuk kalbu iaitu kumpulan Nada Murni. Tatkala pada ketika itu, ak tidak berapa gemar mendengar alunan muzik disebabkan lebih suka bermain permainan komputer yang ketika itu Prince of Persia 1 dan 2 .

  4. Tetapi setelah ayah ak membeli kaset Nada Murni , sehingga sekarang ak masih menyimpannya, ak dapati nasyid kumpulan NadaMurni ini begitu berbeza dengan kumpulan nasyid yang ada sekarang. Album-album mereka begitu laris walaupun dijual secara tradisional (jualan terus) tidak dijual di kedai.

  5. Setelah meneliti beberapa seketika, kemungkinan penubuhan Nasyid Nada Murni ini di bawah pertubuhan dakwah yang kini diharamkan iaitu Al-Arqam. Bukan bermaksud ak taksub dengan kumpulan Al-Arqam ini, tetapi apa yang ak fikirkan , apabila seseorang muslim atau segolongan muslim ini membuat sesuatu kerja dengan ikhlas semata-mata dengan niat dakwah, maka fikiran mereka ini fokus ke arah itu, tanpa memikirkan manfaat populariti dan keuntungan semata-mata.

  6. Seingat ak , pada awal zaman tadika ak, ak bersekolah di pusat asuhan kanak-kanak Al-Arqam. Rakan-rakan setadika ak semuanya memakai serban seawal usia 5 dan 6 tahun. Ak pula hanya memakai kopiah. ~_~ . ya , saat itu ak masih ingat lagi.

  7. Berbalik dengan topik , ak rasa hendak dibanding dengan pertubuhan islam yang ada di Malaysia ini, ak rasa pertubuhan Al-Arqam merupakan salah satu organisasi yang begitu tersusun rapi dari aspek penerbitan majalah, studio rakaman, kilang-kilang, bangunan pendidikan , sahsiah, pertanian, dan perubatan. (jika Ustaz Ashaari tidak menyeleweng)! , Ini disebabkan kumpulan Ar-Arqam ini bukan sahaja aktif di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa.

  8. Sebanyak 52 buah kedai runcit dibangunkan di seluruh perkampungan Al-Arqam, 20 buah pasar mini, 36 buah kedai buku dan alat ibadat dan 18 buah restoran di seluruh Malaysia. Al-Arqam juga memiliki 56 buah kilang perusahaan di seluruh Malaysia. Pada tahun 1993, Al-Arqam mengambil langkah yang drastik dengan menumpukan perhatian kepada dunia antarabangsa. Langkah pertama adalah dengan menubuhkan Al-Arqam Group of Companies (AGC) yang menghimpunkan 22 buah anak syarikat milik jemaah Al-Arqam. (Sumber : Wikipedia) p/s : Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan kecemerlangan organisasi dakwah tertentu.

  9. Ok, berbalik kepada topik asal , iaitu Nasyid Nada murni dan seangkatan dengannya iaitu The Zikr (Nazrey Johani) dan juga soutus Sofwa. Nasyid2 ini kadang kala menitis air mata ak , ketika ak mendengarnya sebelum ak hendak tidur pada zaman kanak2 dan remaja.

  10. Apabila Al-Arqam diharamkan pada tahun 1994 , Nada Murni hanya bertahan sehingga 1996. Kemudian Industri Nasyid terus menyepi. Nada Murni selepas itu berpecah kepada Raihan (1996) , Hijjaz (10 Jan. 1997) dan Rabbani (1 Mac 1997).

  11. Semoga roh2 mereka yang telah meninggal dunia dalam kumpulan nasyid ini dicucuri Rahmat hendaknya, InsyaAllah.

  12. Berikut disertakan link download untuk lagu-lagu nasyid yang ak perkatakan tadi (ak menjalani waktu kanak2 ak dengan lagu-lagu berikut)

  13. Sungguh Epik lagu ini! huhu~ (kemungkinan hanya menggunakan alatan muzik yang traditional membolehkan seseorang itu fokus kepada liriknya) - melatih minda secara tidak sedar.- Self-Talking melatih seseorang itu menjadi lebih berkeyakinan diri. Teringat di kala ak melatih diri bercakap seorang diri di depan cermin untuk sesi `Public Speaking`.


0 Pengkritik:

Post a Comment

Mungkin Ada Suka

Related Posts with Thumbnails