Thursday, January 7, 2010

5. Costume Assasin Creed



  1. Antara perancangan tahun 2010 -2011 nie ak bercadang untuk membeli baju seperti gambar di atas. design baju ini seperti baju rasmi ninja. terdapat 3 - 4 filem berkaitan dengan assasin atau pun ninja contohnya ninja assasin yang dibintangi oleh rain.

  2. Costume di atas merupakan salah satu costume dipakai oleh karekter utama dalam permainan komputer Assasins` Creed (2008). iaitu Altair.

  3. Anggaran kos bagi baju di atas lebih kurang RM 800+ . haha, adakah ini satu pembaziran...@_@... ?

  4. Perkataan Assasin berasal daripada perkataan Arab iaitu Hashshashin . Lahirnya kumpulan ini adalah dari terbitan puak syiah semasa perang Salib. Mereka juga menjadikan tentera salib dan muslim sunni sebagai sasaran. dikatakan juga mereka mengambil Hashish(ganja) sebagai suatu tindakan ritual apabila merekrut orang baru untuk dijadikan hasyasyin.

  5. Digambarkan di dalam permainan Assasin`s Creed , boleh dikatakan seorang yang tersangat hebat, cool dan juga bijak bermain senjata. walaubagaimanapun terdapat sejarah disebalik watak hasyayin. Berdasarkan pengalaman ak bermain game ini, terdapat sejarah dan maklumat yang baru ak terima. Antaranya puak hasyasyin ini juga ingin membunuh Salahuddin Al-Ayubbi (Saladin) disebabkan puak syiah ingin mendominasi pemerintahan.

  6. Selepas sahaja ak bermain game ini, antara website yang menjadi rujukan ialah wikipedia dan website berkaitan sejarah perang salib. dari situ , ak mendapat maklumat yang tidak ak perolehi sebelum ini di sekolah-sekolah mahupun di universiti.

  7. Antara filem perang salib yang memaparkan kekuatan tentera islam ialah Kingdom of Heaven, dimana Khalifah Salehuddin Al-Ayubbi berjaya menawan semula Palestin dan Baitulmaqdis daripada tangan pihak tentera salib. Alangkah indahnya peristiwa itu.

1 Pengkritik:

pengembara707 said...

Target.

Post a Comment

Mungkin Ada Suka

Related Posts with Thumbnails