Tuesday, January 12, 2010

13. SMS Modal or Model panas ?

(Hp budget)

  1. Jam 2.56 petang tadi , ak menerima msg. Msg dari nombor yang tidak dikenali.

  2. Msg2 daripada nombor tidak dikenali , selalunya ak dapat berkaitan mengenai iklan peminjaman wang, dan juga iklan untuk melanggan video-video panas.

  3. Berikut msg penuh yang diterima :-


    Mungkin ada kesalahan tatabahasa pada text tersebut.


    Sunyi? Anda dipilih utk menikmat modal kami yg panas. Utk mendapat Koleksi Video Peribadi yg hangat tersebut, sila balas Ya. Warning! Hanya untuk umur 18 Keatas.

    (no name) +6 013 457 1183

    dan ak mengedit seperti di bawah.

    Sunyi? Anda dipilih utk menikmati model kami yg panas! Dapatkan Koleksi Video Peribadi hangat tersebut, sila balas ‘Ya’! Warning! Hanya untuk 18 tahun ke atas !


  4. Kemusykilan berlaku dalam diri ak, kerana perkara ini timbul pada nombor celcom ak je...huhu ! difahamkan , Celcom merupakan syarikat Telco , yang membolehkan mana-mana pihak untuk menyewa talian supaya membolehkan pihak tertentu menjalankan perniagaan langganan mereka kepada pengguna-pengguna talian.

  5. Ak tidak pasti sama ada pengguna yang membuat laporan polis mengenai kegiatan ini? hmm,
    walaupun tindakan ak hanya mengabaikan msg tersebut, jika msg tersebut disebarkan kepada pengguna telefon yang masih muda (18 tahun ke bawah) , ia seolah-olah merangsang otak untuk mencuba sesuatu yang baru.

  6. Tindakan ak ketika menerima msg tersebut, nak saja ak terus call. Memikirkan ak menggunakan nombor telefon ak yang peribadi ini, menyebabkan ak mengabaikan. Ak bercadang jika ada kesempatan hendak saja call melalui talian awam untuk mengetahui tuan punya telefon.

  7. Jika ternyata no. talian itu hanya dijadikan medium sahaja, maka sebaliknya ada organisasi yang terlibat yang melakukan sedemikian. Sama ada penduduk di Malaysia atau negeri seberang yang berada di Malaysia atau di negara mereka asal.


0 Pengkritik:

Post a Comment

Mungkin Ada Suka

Related Posts with Thumbnails