Penulis tidak menyimpan sebarang file media di laman web/server ini Semua media yang berada di laman ini dikumpul hasil daripada carian di internet. Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas semua bahan di dalam web ini. Jika anda adalah pemilik hak cipta atau pemilik sebarang bahan di dalam web ini, sila hubungi saya. Penulis akan membuangnya dengan segera.
Berbalik kepada costume yang di`review dalam post "costume assasin creed" , costume itu merupakan costume bagi watak hasyasyin dalam permainan video Assasins Creed 1 iaitu wataknya Altair. Game Assasin`s Creed 1 dilancarkan sekitar September 2008. Setelah 2 tahun, game ni disambung dengan sekuelnya iaitu Assasins Creed 2. Versi PC akan dilancarkan pada akhir bulan Januari 2010.
Sebelum dilancarkan versi game, pihak syarikat pengeluar game, Ubisoft , telah menerbitkan filem Assasin`s Creed (Lineage) pada Oktober 2009. Filem pendek ini tidak dikeluarkan di mana2 pawagam, tetapi boleh didapati di youtube dalam bentuk episod iaitu episod satu sehingga episod 3. Keseluruhan tempoh untuk filem pendek ini ialah 36 minit.
Filem pendek yang bertajuk Assasin Creed (Lineage) ini merupakan kisah sebelum scene video game Assasin`s Creed 2. Watak utama dalam cerita ini ialah Giovanni Auditore seorang hasyasyin yang berkhidmat dengan sebuah organisasi rahsia di Itali. Anaknya , Ezio yang menjadi watak dalam permainan video Assasin`s Creed 2.
Apabila melibatkan kisah2 hasyasyin @ assasin, sememangnya ia berkaitan dengan perebutan untuk mendapatkan kuasa , konspirasi , dan sewaktu dengannya.
Jika kisah Assasins Creed 1 berkisar mengenai puak hasyasyin yang diketuai oleh mualim untuk mendominasi kuasa di pemerintahan puak sunni dan membunuh sasaran penting tentera salib, Assasins Creed 2 pula berkisar mengenai perebutan kuasa di antara keluarga bangsawan yang dipanggil sebagai "House" contohnya "House of Medici".
Untuk mendapatkan gambaran cerita pendek ni boleh lawati di sini.
Untuk menontonnya secara percuma boleh di klik link di bawah.
Kisah assasin yang ak perkatakan ini mungkin pada zaman pertengahan , di zaman moden pula berlakunya kisah assasin yang menggunakan senjata-senjata canggih.
Di dalam Islam tiada diperkenalkan konsep Hasyasyin.
Tulisan yang ada di sini bukan semata-mata untuk mendapat publisiti murahan ,ia cuma sekadar berkongsi pendapat, teknik, tools, falsafah filem & games, hal-hal semasa , pengalaman penulis yang boleh dikongsi semasa menjalani seminar , latihan dan berinteraksi dengan makhluk yang bergelar manusia dan juga benda yang bernama komputer.~
contact at pengembara707@yahoo.com
0 Pengkritik:
Post a Comment