Saturday, January 9, 2010

9. Peristiwa 13 November 2009


  1. Apa bila aku membaca berita di surat khabar atau menonton berita di televisyen, boleh dikatakan tiap-tiap hari ada berita mengenai kemalangan jalan raya.

  2. Pada khamis lepas (7/01/10) , jam 9.20 pagi , bekas menteri besar perak, Datuk Seri Muhammad Nizar, mengalami kemalangan jalan raya. Alhamdulillah, beliau hanya luka di siku dan menerima satu jahitan.




  3. Begitu juga pada 26 Disember 2009, pada pukul 1 pagi , di Ipoh , Perak, kemalangan ngeri melibatkan bas Sani Express.

  4. Bercerita mengenai kemalangan, ak pernah mengalami nya pada (Jumaat) 13 November 2009 jam 2 petang. Pada ketika itu ak baru pulang dari solat Jumaat di Kampung Cahaya Baru menuju ke Senai.

  5. Pengalaman yang bermakna bagi seseorang yang masih bertatih di dunia ini. Ak yakin kejadian yang sedemikian merupakan satu tarbiyah buat diriku.

  6. Detik-detik ketika di dalam kereta yang berpusing-pusing ,sebelum terbalik , menyebabkan ak rasa terkejut di dalam kereta. Cermin pintu bahagian `driver` pecah , lalu kereta mengiring ke kanan, menyebabkan tangan kananku terseret ke tanah.

  7. Sedikit terkejut dengan kejadian itu, ak rasa terpinga-pinga, dan kemudian, kedengaran tapak kaki berkejaran menghampiri ak. "Dik, dik, tutup enjin" , salah seorang berkata. ketika itu, ak tidak boleh keluar disebabkan kereta ak terbalik 90 darjah ,pintu kereta driver ke bahagian tanah.

  8. Seorang datang mengampiri kereta , " Dik boleh bukak lock pintu kereta depan bahagian kiri", ak bergegas membukanya. Lalu dengan pantas , orang itu mengangkat aku. Di waktu itulah , ak tersedar, tangan kanan ak berlumuran darah, dan ak berasa sakit untuk mengerakkannya.

  9. Lantas seorang wanita cina berumur 30-an datang membawa air untuk mencuci luka ak. Tetapi ak dengan sopan menolaknya disebabkan ak belum bersedia untuk dicuci luka itu. Isi daging kelihatan, ak dapat rasakan jika dicuci dengan air begitu sahaja, perasaan yang amat perit boleh mendominasi ak... Ak sungguh terharu pada ketika itu. Ak mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada wanita itu. Semoga diberi kedamaian dan sejahtera pada wanita yang membantu ak tadi.

  10. Datang seorang wanita melayu 20-an , menawarkan handphone untuk ak menelefon keluarga, disebabkan handphone ak terpelanting dan menyebabkan screen pecah. 1st call tak dapat, 2 nd call tak dapat, 3rd call pun tak dapat, kemungkinan ayah ku silent hp atau tidak membawanya disebabkan pada waktu itu merupakan waktu selesai solat jumaat. Wanita itu memberitahu padaku yang dia akan telefonkan ayah aku , disebabkan dia hendak bergegas beredar kerana urusan kerja.

  11. 15 minit kemudian, datang sebuah kereta yang mewah menghampiri ak. Ketika itu ak sedang duduk untuk meredakan emosi dan kesakitan yang dialami + melihat kereta yang dinaiki ak terbalik. Keluar seorang lelaki dari kereta itu menghampiri ak tanpa berkata apa-apa lalu menghulurkan bisnes kad!!!!!! hahaha, pada ketika itu suatu emosi yang tidak stabil mendominasi aku, hendak sahaja ak melemparkan sahaja kad itu.

  12. Mujur saja , seorang unit rondaan datang lalu membawa ak ke keretanya untuk rawatan kecemasan. Daripada emosi yang panas itu lalu bertukar menjadi sejuk. Itulah yang dinamakan unik nya ciptaan Allah yang bernama manusia ini.

  13. 20 minit kemudian, pegawai kesihatan tiba dan membawa ak ke Pusat kesihatan kulai. Itulah pengalaman ak yang pertama menaiki ambulans dengan bunyi siren yang unik itu.

  14. Di dalam pusat kesihatan pula, di kaunter kecemasan, cuma seorang pegawai yang kelihatan tetapi sedang menjawab telefon. Tanpa berfikir panjang, ak terus masuk ke dalam bilik rawatan , tiba-tiba seorang nurse bertanya sama ada ak sudah mendaftar atau belum. Ak kata belum kemudian dia suruh ak ke kaunter semula.

  15. Kad pengenalan dan duit RM 1 dengan bersusah payah ak mengeluarkannya disebabkan tangan kiri ak sahaja yang boleh berfungsi dengan baik pada ketika itu. Ya Allah , begitu indahnya ciptaan Allah dengan mengurniakan kedua-dua tangan kepada manusia. Pada ketika itulah ak merasai nikmat ketika mempunyai tangan yang boleh berfungsi dengan baik.

  16. Sejurus ak memasuki bilik rawatan, tiba-tiba datang seorang pesakit dengan tangan kirinya memegang tangan kanannya di dalam plastik. Disebabkan plastik itu berwarna putih, kelihatan cecair merah menitis-nitis di dalam plastik itu.

  17. Dalam fikiran ak , adakah tangannya terhiris dan berpotensi untuk terputus tangannya....ahh....sudah, dengan emosi yang sedikit stabil tadi, menjadi tidak tenteram semula.

  18. Nurse suruh ak pergi ke bilik rawatan lain disebabkan pesakit tadi baru sahaja mengalami kemalangan mesin di kilang dan memerlukan rawatan dengan segera.

  19. Dalam 10 -15 minit ak tunggu, kemudian baru diberi rawatan. Ak menerima 2 jahitan. Kemudian pegawai kesihatan itu mempelawa ak untuk duduk di kerusi roda sambil dia menyorong ak sehingga ke bilik rawatan x-ray. Dengan muka selambanya ak setuju. huhu.

  20. Apabila tiba di bilik x-ray , ak tersenyum dan berterima kasih kepadanya. hehe, ak berkata padanya "saya sebenarnya tiada masalah untuk berjalan kaki, cuma saya rasa pada ketika itu saya agak memerlukan layanan sedemikian sebagai salah satu bentuk sokongan moral" (mungkin begini ayat ak)

  21. Doktor itu pun membalas, "Ha`ah patutlah , kaki awak takde apa-apa pun, nie nak ngada-ngada naik kerusi roda" . ak tersenyum.

  22. Setelah menyemak di bilik rawatan x-ray sama ada ak mengalami sebarang keretakan atau patah tulang, ak pun dibenarkan pulang. Alhamdulillah. Ak meminta 2 har MC, (sebenarnya nak minta 3 hari) disebabkan doktor itu kata ak punya tahap kecederaan tidak kritikal , jadi ak tidak membantah , walaupun keadaan kecederaan emosi ak agak kritikal juga....hehe.

  23. Dalam setengah jam kemudian, ummi dan ayahku sampai , bersyukur kerana ak tidak mengalami kecederaan yang kritikal. Alhamdulillah. Ummi dan ayahku menasihatkan ak untuk melakukan sujud syukur... :)











2 Pengkritik:

alone said...

fuh.. takut juga tengok.. tapi Alhamdulillah.. x cedera yg kritikal.

pengembara707 said...

thanks bro alone. alhamdulillah. :)

Post a Comment

Mungkin Ada Suka

Related Posts with Thumbnails