Monday, January 4, 2010

2. Management, Manage Men, Manage Me


  1. Sebut sahaja perkataan Management terngiang dalam kepala otak aku mengenai pengurusan, dan juga GEMS (Graduate Employability Management Scheme). memori yang sungguh epik saat ak berada di Senai Training Centre selama 2 bulan setengah.

  2. Pada Pagi 2 Januari 2010 ak sempat mengembara ke Hotel Seri Malaysia yang terletak di Larkin mengikuti satu sesi taklimat berkaitan Hak-hak pekerja. Nak jadikan sebuah kisah yang epik, ada seorang pegawai dari jabatan tenaga kerja ini memberikan taklimat. Dengan berbekalkan `chewing gum` di mulutnya, membuatkan para pendengar taklimat ini termasuk aku terkesima dengan gaya seorang `speaker`disebabkan kunyahan yang dibuat oleh beliau.

  3. Gaya nye yang sempoi membuatkan para `audience` nak ketawa tapi control. Dia tidak mahu menggunakan laptop utk slide presentation nya, tapi lebih prefer menggunakan pen marker.

  4. Apa yang dia tuliskan papan putih , Management, Manage Men, Manage Me! itulah sebenarnya taklimat yang dia ingin sampaikan. ahaha. adakah dia dibayar utk taklimat sejam untuk itu sahaja? erm, walau bagaimanapun ak dapat sedikit sebanyak input yang berguna pada pagi itue.

  5. Yep, itulah sebenarnya ak nak berkongsi sebenarnya, Pengurusan , Pengurusan Manusia, Pengurusan Diri saya. Setiap manusia bertanggungjawab ke atas dirinya dan juga nasihat menasihati ke atas saudaranya seagama.

  6. Sama ada benar atau tidak, dalam kotak pemikiran aku berlaku banyaknye Klise atau double standard yang sangat berleluasa. contohnya, papan tanda "Jangan Buang Sampah di Sini", tetapi yang berlaku tempat itulah yang menjadi tumpuan orang awam membuang sampah"

  7. Ak sebagai pemuda yang dah berusia 24 tahun nie terfikir juga, pengurusan diri ini bukan sesuatu yang mudah, ia bermula dari sikap dan personaliti , dan juga pengaruh persekitaran. Kadang kala sesuatu yang ak pelajari secara teori ini bukan mudah untuk diaplikasi secara praktikal. Seolah-olah ada satu halangan yang membatasi jiwa dan raga untuk ke arah yang lebih baik.

  8. Ak rasa disinilah peranan ibu bapa, sahabat untuk memberi dorongan dan galakan moral untuk terus mara kehadapan tanpa mengenepikan prinsip dan falsafah kehidupan yang hakiki.

0 Pengkritik:

Post a Comment

Mungkin Ada Suka

Related Posts with Thumbnails