Friday, January 8, 2010

6. Isu Semasa Umat Islam di Malaysia



  1. Bulan November dan Disember 2009 terdapat isu-isu sensitif yang ditimbulkan, antaranya seperti yang dinyatakan di atas.

  2. Jika di negara-negara lain juga berlaku juga konflik yang sedemikian. tetapi dengan cara yang berlainan.

  3. Timbul juga blog-blog yang berbentuk provokasi yang sedikit sebanyak mengerakkan emosi kemarahan.

  4. Dalam era 2010 kemungkinan cabaran yang lebih besar lagi akan menemui kita semua.Bagaimana persiapan emosi ,fizikal dan spiritual kita terhadap perkara2 yang sedemikian?

  5. Mungkinkah ini yang dikatakan dunia akhir zaman? dari Nabi Adam A.S sehingga Nabi Muhammad S.A.W dilantik sebagai Rasul yang terakhir, segalanya memang jelas kebenaran yang ada apabila kita kembali kepada dalil akli (akal) dan nakli (Nas Al-Quran dan hadith).

  6. Berdasarkan pembacaan juga , seseorang itu boleh berubah. sama ada perubahan itu ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Definisi ke arah yang baik mungkin berbeza daripada pandangan setiap individu. Di sini , diperlukan satu tolok ukur untuk definisi `baik`. Ayat Al-Quran yang menjadi suatu petunjuk kepada manusia untuk dijadikan panduan.

  7. "Demi MASA. Sesungghnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang Berpesan-pesan dengan Kebenaran. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN" . (Surah Al-Asr : 1-3 )

  8. Semoga kita menjadi salah seorang yang dinyatakan di dalam surah Al-Asr ini. Amin.

0 Pengkritik:

Post a Comment

Mungkin Ada Suka

Related Posts with Thumbnails