Saturday, January 16, 2010

20. Keyboard story.....


  1. Merujuk kepada tulisan pada thread ke-17, ak decide membeli sebuah keyboard di kedai mainan yg berharga RM 129.90. huhu. Duit yang digunakan itu adalah daripada upah membaiki komputer serta membuat montaj untuk tayangan multimedia bagi majlis-majlis rasmi yang diadakan di kolej semasa ak masih bergelar mahasiswa.

  2. Tercetus idea utk membeli keyboard ini adalah daripada permainan keyboard anak buah yang berumur 1 tahun. hohoho. Setelah itu ak terus mencari video-video di youtube berkenaan tutorial piano dan keyboard. Agak susah juga pada mulanya untuk mencari video2 berkaitan ini yang mengajar step by step, kerana disebabkan ak memang tak ada basic alat muzik, huhu, kecuali recorder itu pun semasa mempelajari mata pelajaran muzik darjah 4 dan 5 di sekolah rendah.

  3. Then dari situ , ak cuba belajar not dan juga tutorial. Jika ada kesempatan ak cuba berkongsi step2x untuk lagu-lagu tema yang famous, tapi versi pendek sahaja setakat ini.

  4. Apabila ak berada di GEMS, ak tak membawa keyboard di hostel. Jadi disebabkan itu , ak mencari perisian keyboard yang boleh bermain di laptop. Dan akhirnya ak menjumpai software yang ak rasa sangat sesuai bagi sesiapa yang ingin bermain keyboard untuk kegunaan sendiri.

  5. Perisian yang ak ingin kongsikan itu ialah Electronic Keyboard 2.5. Perisian ini diprogramkan menggunakan visual basic oleh seorang freelance programmer daripada brazil. Perisian ini dikategorikan sebagai sumber terbuka.

  6. Untuk mendownload perisian ini, sila klik di sini.

  7. Untuk Tutorial atau step2x instrumental, thread ak cuba untuk tulis di thread seterusnya......

  8. Harap digunakan perisian itu dengan sebaik-baiknya..huhu. :)








http://www.4shared.com/file/198486068/393598a0/Electronic_Piano_25.html

0 Pengkritik:

Post a Comment

Mungkin Ada Suka

Related Posts with Thumbnails