Saturday, January 16, 2010

20. Keyboard story.....


  1. Merujuk kepada tulisan pada thread ke-17, ak decide membeli sebuah keyboard di kedai mainan yg berharga RM 129.90. huhu. Duit yang digunakan itu adalah daripada upah membaiki komputer serta membuat montaj untuk tayangan multimedia bagi majlis-majlis rasmi yang diadakan di kolej semasa ak masih bergelar mahasiswa.

  2. Tercetus idea utk membeli keyboard ini adalah daripada permainan keyboard anak buah yang berumur 1 tahun. hohoho. Setelah itu ak terus mencari video-video di youtube berkenaan tutorial piano dan keyboard. Agak susah juga pada mulanya untuk mencari video2 berkaitan ini yang mengajar step by step, kerana disebabkan ak memang tak ada basic alat muzik, huhu, kecuali recorder itu pun semasa mempelajari mata pelajaran muzik darjah 4 dan 5 di sekolah rendah.

  3. Then dari situ , ak cuba belajar not dan juga tutorial. Jika ada kesempatan ak cuba berkongsi step2x untuk lagu-lagu tema yang famous, tapi versi pendek sahaja setakat ini.

  4. Apabila ak berada di GEMS, ak tak membawa keyboard di hostel. Jadi disebabkan itu , ak mencari perisian keyboard yang boleh bermain di laptop. Dan akhirnya ak menjumpai software yang ak rasa sangat sesuai bagi sesiapa yang ingin bermain keyboard untuk kegunaan sendiri.

  5. Perisian yang ak ingin kongsikan itu ialah Electronic Keyboard 2.5. Perisian ini diprogramkan menggunakan visual basic oleh seorang freelance programmer daripada brazil. Perisian ini dikategorikan sebagai sumber terbuka.

  6. Untuk mendownload perisian ini, sila klik di sini.

  7. Untuk Tutorial atau step2x instrumental, thread ak cuba untuk tulis di thread seterusnya......

  8. Harap digunakan perisian itu dengan sebaik-baiknya..huhu. :)








http://www.4shared.com/file/198486068/393598a0/Electronic_Piano_25.html

Friday, January 15, 2010

19. New Link (Komik Online)




  1. Thread nie utk membuat pengumuman mengenai tambahan link untuk koleksi bahan komik di internet yang sama-sama boleh dibuat pengajaran. My diari (untuk catatan peribadi) manakala Komik pula untuk bahan berupa kartun dan komik yang santai yang dilukis oleh saudara MFRstudio dan lain-lain.

  2. Diari (pengembara707.blogspot.com)

    Komik (pg707komik.blogspot.com)

  3. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. :) , jika ada di antara pengunjung yang ingin menutup `sound` daripada radio yang ada di blog ini , terdapat panduan di bawah ini.


18. Gerhana Matahari 15 Januari 2010


sumber gambar


Tarikh: 15 Januari 2010

Hari: Jumaat


Masa mula Gerhana: 2:55 Petang

Masa tamat Gerhana: 5:45 Petang

Jenis Gerhana: Separa

Tempat: Malaysia dan kawasan yang bernasib baik

sumber : blog saffuan-bintangkejora

  1. SubhanaAllah, gerhana matahari berlaku hari ini. tapi ak tak sempat nak saksikan kejadian yang unik ini. Ak sempat melihat ke arah matahari pada pukul 3 petang, iaitu selepas berehat-rehat selesai solat Jumaat.

  2. Ak masih ingat waktu ak saksikan gerhana matahari penuh pada tahun 1998 pada ketika itu ak berada di sekolah kebangsaan tanjung puteri, JB dan darjah 6 . apabila ak tanya kat pak cik google, ak dapati tarikh ketika itu ialah 22 Ogos 1998. saat itu masih menghitung hari untuk peperiksaan UPSR.

  3. Tahun 2009 kejadian gerhana matahari berlaku juga iaitu pada 26 januari 2009. sumber :(Falak online)

  4. Tapi yang pastinya, ak tak buat solat sunat gerhana matahari. :( , rugi.

Thursday, January 14, 2010

17. TItanic Theme Song-Electric Piano Version



  1. erm, malam nie takde sangat nak tulis. InsyaAllah, hujung minggu nie kot. :D , Perisian yang ak guna di atas ialah Electronic Piano 2.5. Untuk melihat video ini dgn lebih jelas dan mengetahui step-step ini boleh la download di sini.

  2. sebenarnya malam nie ada banyak penemuan menarik dan rasa ingin berkongsi, . tapi disebabkan stamina berkurangan...huhu...rasa letih dan perlukan tenaga dengan cara tidur. ~ , katakan tidak pada kopi Jantan! huhu T_T.

  3. Ari nie nak berkongsi langkah2 menekan keyboard (electric piano) dengan menghasil irama tema cerita titanic , Celine dion-My heart will go on............hehehe..........

  4. Bercerita mengenai keyboard, bermulanya ak bermain alat permainan ini ketika itu setelah seminggu ak selesaikan praktikal di institusi kerajaan selama 2 bulan. iaitu pada awal Julai 2009.

  5. Ketika itu , ak bersiar-siar seorang diri di Plaza Angsana , berinteraksi dengan manusia-manusia yang mempunyai ketinggian fizikal dan budi yang berbeza..huhu ~ , saja je nak mendekatkan diri dengan masyarakat disebabkan setelah 4 tahun berada di IPT.

  6. Ketika inilah ak memasuki kedai permainan di Plaza Angsana di tingkat 3 atau 4. erm, ternampak keyboard yang mencuri perhatian ak. Brader yang jadi jurujual itu bersungguh mempromosikan keyboard itu. Dari keyboard yang status kanak2 nye berharga RM 29.90 sehingga kepada RM 200. huhu, mungkin jika ak pergi alat muzik harga keyboard lebih daripada itu.

  7. Setelah ak cuba semua jenis keyboard di kedai permainan itu, ak decide memilih 54 pin keyboard....RM 129.90. Semua orang kat rumah ak terpinga-pinga kenapa beli alat muzik , khuatir juga, disebabkan ak bukannya seorang kaki muzik huhu.. (erm, sebenarnya ada banyak benda boleh melatih otak kanan -kreatif)

  8. erm itu je setakat nie. nanti ak try berkongsi kisah mengenai "Mengapa terdetik ak bermain keyboard". (antara piano dengan keyboard bezanya cuma satu menggunakan tali satu menggunakan teknologi).

  9. Mungkin ada di antara pembaca mengatakan ada segelintir alat muzik diharamkan di dalam Islam. perkara ini mungkin boleh dikongsi bersama.

  10. Walaubagaimanapun setakat ini ak menggunakan keyboard itu untuk kegunaan sendiri.

Wednesday, January 13, 2010

16. Password Manager : Menyusun Atur Password





  1. Thread sebelum ni ada berkongsi mengenai perang siber di antara Malaysia dan Indonesia pada tahun lepas (2009). Rujuk Thread ke -15 (Jan 10) Atau Klik gambar di bawah ini untuk paparan yang lebih jelas.





  2. Kita yang tidak tahu sangat mengenai keselamatan internet (termasuk ak) juga boleh terkena tempiasnya disebabkan kini kita juga terlibat secara tidak langsung penggunaan internet.

  3. Akaun seperti Friendster, Facebook, Email, Multiply dan lain-lain yang memerlukan `password` untuk membolehkan memasuki akaun peribadi kita.

  4. Kemungkinan ada di antara kita yang menggunakan password yang sama untuk email dan akaun laman sosial yang lain.

  5. Jika ini berlaku, sudah semestinya orang yang tidak bertanggungjawab ini mengambil kesempatan untuk memanupulasikan keadaan untuk mendapatkan info-info peribadi.

  6. Ada di antara kita juga yang menulis password di dalam notepad mahupun microsoft word.

  7. Ada juga cara dengan menggunakan perisian Password Manager untuk kita simpan password untuk akaun yang berbeza.

  8. Berikut merupakan Perisian yang dinyatakan

  9. KeePass Password Safe (Klik ke Laman Web Rasmi Perisian Ini)

  10. Perisian ini merupakan sumber terbuka dan percuma.

  11. Setakat ak hanya mencuba 1.17 Released. dan juga boleh download perisiannya disini.

  12. Kita perlu create Master Password

  13. Add Entry

  14. Masukkan Username dan Password untuk bahagian yang dikehendaki (email, Homebangking, Internet, Windows dan lain2) untuk backup supaya kita tidak panik apabila terlupa password.

  15. Perisian ini akan menghasilkan file database yang kita save password tadi. File .kdb ini yang perlu kita buat backup.








15. Website Rasmi Mahkamah Majistret di hacked oleh Brainwash @ CuciOtak ?

Pesanan : (Klik Gambar untuk paparan yang lebih jelas)

  1. Erm , berita nie ak dengar di berita stesen tv hari nie. Jadi untuk mencari kepastian, try check di enjin carian google. Then , berita yang ak lihat dan dengar itu memang betul dan kes ini berlaku pada 7 januari lalu. Laman web rasmi mahkamah majistret digodam oleh seseorang atau kumpulan yang digelar Brainwash @ CuciOtak. Klik di sini untuk ke sumber berita. Beberapa hari sebelum kejadian ini berlaku juga, Herald's online juga turut digodam. (source: The Malaysian Insider)

  2. Antara tulisan yang di paparkan pada web itu ialah :

    Take Down by Brainwash!", left this message: "Allah only restricted to muslim only. Don`t touch us as we don`t touch you. Unless....."

    "Mess with the best, die like the rest".

    p/s: To the court, Brain know you postponed it but if you wise enough then you should drop it

  3. Ini rentetan disebabkan keputusan mahkamah majistret membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam penerbitan akhbar Herald.

  4. Kemungkinan memang CuciOtak ini yang melakukan atau pun individu @ organisasi lain yang menyamar sebagai cuci otak .

  5. CuciOtak @ Brainwash? hurm, mengingatkan ak beberapa laman website di Malaysia yang popular di godam dan defaced (spoil muka depan laman web).

    Antaranya web rasmi Uitm, MenaraKl , Petronas Malaysia GP , Etiqa Insurance and Takaful , dan juga web rasmi untuk filem penggodam tempatan iaitu Cyber x : Ancaman Penggodam (Web ini lagi dahsyat, terus dihijacked).

  6. Disclaimer : Info yang dinyatakan di bawah adalah di temui ruangan forum IT yang berpangkalan di Malaysia dan juga blog berkenaan hacker di malaysia yang merupakan maklumat untuk tatapan umum.

    Berikut sedikit sebanyak paparan yang berkaitan dengan hasil kerja cuciOtak yang saya jumpa setakat ini : -

    Klik Gambar untuk paparan yang lebih Jelas.

    A) Web rasmi Uitm (http://uitm.edu.my) -April 2008 dan Ogos 2009


    http://uitm.edu.my (Ogos 2009)




    http://uitm.edu.my (April 2008)




    B) MenaraKl -september 2009

    http://menarakl.com.my (september 2009)



    C) Petronas Malaysia GP -Mac 2008


    http://malaysiangp.com.my (Mac 2008)



    D) eTiQa Takaful - Oktober 2008


    http://www.etiqa.com.my/index.php?tpt=4 (Oktober 2008)




    E) Filem Tempatan > CyberX : Ancaman Penggodam 21 Ogos dan 29 Ogos 2009





  7. Disebabkan Tiada Jawapan kepada persoalan bila akan ditayangkan di pawagam filem ini, CuciOtak ini bertindak `mendelete semua isikandungan pada website rasmi filem itu. yay!

  8. Ak pernah mengikuti dari minggu ke minggu website filem itu untuk mengetahui bila tarikh rasmi filem ini dilancarkan, tapi sampai sekarang masih tiada lagi jawapan. di bawah ini merupakan website asal yang sempat ak screen shot di kala website ini masih ada. http://www.cyberxmovie.com/

    klik gambar untuk paparan lebih jelas.


  9. Erm, masih banyak internet security yg skunk lebih canggih yang ak tidak ambik tahu.....hahaha...........T_T. Ak masih ingat lagi , sepanjang tahun 2009 , penduduk indonesia melancarkan perang siber ke atas rakyat Malaysia sehingga beratus-ratus website dari Malaysia di ubahsuai.



  10. Walaupun begitu juga, ada di antara penggodam dari Malaysia yang bertindak balas. Antaranya di bawah ini :



  11. Pernah juga ternampak para hacker indonesia ini mengambil maklumat sulit kata kunci kepada rakyat malaysia. Contohnya di bawah ini daripada http://hajarmalingsia.blogspot.com (kini sudah tiada lagi).

  12. Mungkin thread seterusnya cuba untuk berkongsi satu perisian percuma untuk memudahkan kita menyimpan password yang berbeza.



    Contoh Hacker Indonesia Memaparkan Kata Kunci Pengguna dari Malaysia

Tuesday, January 12, 2010

14. Travian Antara Realiti dan Fantasi


  1. Erm, sebelum melelapkan mata, rasanya nak berkongsi mengenai permainan web-browser iaitu travian di server Malaysia. Ak mula start permainan ini pada peperiksaan semester akhir iaitu 3 hari sebelum kertas periksa subjek yang terakhir. Disebabkan peperiksaan itu hanya mengingat fakta dan tidak banyak memerlukan pemikiran yang kritis dan kreatif, dan ak telah menyiapkan point-point penting di dalam nota kecil ku, timbul rasa hendak bermain permainan online yang tidak begitu berat isi kandungannya.

  2. Muncul satu pop-up iklan travian server malaysia menarik perhatian ak, huhu. Sebelum ini coursemate ak (perempuan) pernah bertanya pada ak game online apa yang ak main. Ak kata padanya game yang menggunakan kad grafik dan bergenre MMORPG. Ketika itu perbincangan kumpulan mengenai projek bioteknologi. Dia berkongsi pengalaman dengan kami (ahli kumpulan) tentang pengalamannya bermain game Travian. Dia berasa frust disebabkan kampungnya asyik diserang oleh pemain-pemain lain.

  3. Jika ak hendak bermain satu permainan , ak mempunyai guideline, iaitu

    i. Permainan itu hendaklah menjadikan situasi ak sebagai pemain tidak stress dan frust menonggeng!

    ii. tiada aksi-aksi yang mengghairahkan

    iii. melatih tahap kecekapan membuat keputusan dan berkomunikasi secara maya

    iv. permainan itu mempunyai komuniti yang sihat , (user tidak mengamalkan racist, sering menggunakan vulgar word, dan bebas daripada hacker).

  4. Imbasan memori berkenaan menyebabkan , panduan yang pertama tidak dapat dipenuhi. Jadi ini menyebabkan ak berfikir tiga kali sebelum mendaftar permainan Travian. Kebetulan Travian Malaysia server 4, baru bermula satu hari. Jadi ak rasa pemain-pemain lain juga masih baru dan mereka perlu mengambil masa yang agak lama untuk menyerang pemain2 lain.

  5. Ya, keputusan telah dibuat. Ak menamakan karekter ak sebagai Almari (cupboard). huhu, mungkin nama ini simple. tapi pada ak nama demikian boleh menjadikan salah satu faktor melakukan reverse psychology terhadap user lain.

  6. Dengan bermula dengan satu kampung , akhirnya ak berjaya mendapatkan 7 buah kampung iaitu selama 4 bulan (Jun-September). Yay! mesti mak bapak ak bangga! huhu~ Bukan senang untuk bermain permainan ini. Ak membuat keputusan untuk delete akaun aku pada penghujung bulan September. Ak rasa ak membuat keputusan yang tepat.

  7. Permainan ini boleh membuatkan ketagihan menguasasi diri. Ini kerana para pemain terpaksa menjaga kampung daripada diserang daripada jiran-jiran berdekatan. Kemungkinan ada di antara pemain-pemain yang baru bangun daripada Subuh, terus mengadap komputer ,untuk mengetahui sama ada kampungnya diserang atau tidak.

  8. Wah, sampai begitu sekali ya. hohoho. erm, ak pernah mengalami keadaan sedemikian. tetapi setelah ak mengingat kembali hadis Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang bangun pagi tidak memikirkan ummat islam, maka dia bukan dari kalangan kami".

  9. Travians menggunakan sistem turn setiap hari. Sebab itulah ramai orang main game travians ni setiap hari. Ak pernah main sembunyi-sembunyi game travian di kala ak praktikal. huhu, kemudahan telefon sekarng boleh access ke internet menyebabkan ak boleh memantau keadaan kampung.

  10. Berdasarkan pemerhatian ak juga , ada dikalangan pemain travian yang main game nie di pejabat. Jadi hati-hati sebab travians tak bagi wang pampasan kalau korang diberhentikan kerja sebab ketagih main permainan ini sampai tak buat kerja dipejabat.

  11. Sungguh hebat penangan permainan ini. Ada juga mengatakan "kita perlu menguasai server Malaysia sebab tak nak orang luar negara mendominasi server kita". hurm , terpulanglah korng nak bagikan masa. tapi pada ak, permainan ini langsung tidak dapat menambah pendapatan ak, malah hanya menambah frust dan runsing tak tentu pasal.haha. Itulah yang berlaku.

  12. Pengalaman ak bermain di Server 4 , terdapat berlakunya politik travian yang amat dahsyat. hoho. Ada seorang User bernama Melissa yang sentiasa mendapat ranking pertama di awal permainan sehingga bulan ketiga permainan. Difahamkan user bernama melissa ini mempunyai 4 orang pemain.

  13. Pada awalnya ak mendapat jemputan daripadanya untuk menjadi orang bawahannya. Setelah 2-3 minggu selepas itu ,barulah ak dapat informasi mengatakan isu racist ditimbulkan. Ak tak pasti apa sebabnya terjadi. Berlakulah pertembungan peperangan di antara Kelompok Melissa dan group mereka gelarkan Zombie. Akhirnya Melissa tewas, dan owner asal quit game, dan diganti dengan orang lain.user bernama Melissa dan konco-konconya memasuki zombie. begitulah keadaannya. selepas sebulan peristiwa itu , ak terus quit, disebabkan ak bekerja sebelum ak memasuki GEMS.

  14. Begitulah permainan yang tidak menguntungkan siapa-siapa! Cuma mungkin kepuasan .Mungkin sesetengah pihak tidak bersetuju mengenai pendapat ak. huhu. Kepada sesiapa yang banyak masa tue, adalah baiknya anda meningkatkan pengetahuan melalui bahan bacaan di internet atau bahasa pengaturcaraan atau isu-isu semasa atau bermain permainan komputer yang lebih baik grafiknya..............@_@.

  15. Apa-apa pun , Travian sudah menjadi sejarah bagi ak..........

13. SMS Modal or Model panas ?

(Hp budget)

  1. Jam 2.56 petang tadi , ak menerima msg. Msg dari nombor yang tidak dikenali.

  2. Msg2 daripada nombor tidak dikenali , selalunya ak dapat berkaitan mengenai iklan peminjaman wang, dan juga iklan untuk melanggan video-video panas.

  3. Berikut msg penuh yang diterima :-


    Mungkin ada kesalahan tatabahasa pada text tersebut.


    Sunyi? Anda dipilih utk menikmat modal kami yg panas. Utk mendapat Koleksi Video Peribadi yg hangat tersebut, sila balas Ya. Warning! Hanya untuk umur 18 Keatas.

    (no name) +6 013 457 1183

    dan ak mengedit seperti di bawah.

    Sunyi? Anda dipilih utk menikmati model kami yg panas! Dapatkan Koleksi Video Peribadi hangat tersebut, sila balas ‘Ya’! Warning! Hanya untuk 18 tahun ke atas !


  4. Kemusykilan berlaku dalam diri ak, kerana perkara ini timbul pada nombor celcom ak je...huhu ! difahamkan , Celcom merupakan syarikat Telco , yang membolehkan mana-mana pihak untuk menyewa talian supaya membolehkan pihak tertentu menjalankan perniagaan langganan mereka kepada pengguna-pengguna talian.

  5. Ak tidak pasti sama ada pengguna yang membuat laporan polis mengenai kegiatan ini? hmm,
    walaupun tindakan ak hanya mengabaikan msg tersebut, jika msg tersebut disebarkan kepada pengguna telefon yang masih muda (18 tahun ke bawah) , ia seolah-olah merangsang otak untuk mencuba sesuatu yang baru.

  6. Tindakan ak ketika menerima msg tersebut, nak saja ak terus call. Memikirkan ak menggunakan nombor telefon ak yang peribadi ini, menyebabkan ak mengabaikan. Ak bercadang jika ada kesempatan hendak saja call melalui talian awam untuk mengetahui tuan punya telefon.

  7. Jika ternyata no. talian itu hanya dijadikan medium sahaja, maka sebaliknya ada organisasi yang terlibat yang melakukan sedemikian. Sama ada penduduk di Malaysia atau negeri seberang yang berada di Malaysia atau di negara mereka asal.


Monday, January 11, 2010

12. Nada Murni -Nasyid Lagenda



  1. Ketika ak menulis catatan ini, ak terngiang kembali memori zaman ketika ak kecil. Sungguh indah di kala waktu itu.

  2. Ak membesar dengan lagu-lagu zaman era 90-an, oh ibu (mamat) , suci dalam debu (iklim), engkau bagai air yang jernih~~~~..... kartun aladin, power rangers, rancangan sinaran pasport kegemilangan yang melahirkan bakat seni seperti mazlan pet-pet, shamshul ghau-ghau, saiful apek, dan pelbagai lagi.

  3. Tidak kurang juga dengan lagu nasyid yang menusuk kalbu iaitu kumpulan Nada Murni. Tatkala pada ketika itu, ak tidak berapa gemar mendengar alunan muzik disebabkan lebih suka bermain permainan komputer yang ketika itu Prince of Persia 1 dan 2 .

  4. Tetapi setelah ayah ak membeli kaset Nada Murni , sehingga sekarang ak masih menyimpannya, ak dapati nasyid kumpulan NadaMurni ini begitu berbeza dengan kumpulan nasyid yang ada sekarang. Album-album mereka begitu laris walaupun dijual secara tradisional (jualan terus) tidak dijual di kedai.

  5. Setelah meneliti beberapa seketika, kemungkinan penubuhan Nasyid Nada Murni ini di bawah pertubuhan dakwah yang kini diharamkan iaitu Al-Arqam. Bukan bermaksud ak taksub dengan kumpulan Al-Arqam ini, tetapi apa yang ak fikirkan , apabila seseorang muslim atau segolongan muslim ini membuat sesuatu kerja dengan ikhlas semata-mata dengan niat dakwah, maka fikiran mereka ini fokus ke arah itu, tanpa memikirkan manfaat populariti dan keuntungan semata-mata.

  6. Seingat ak , pada awal zaman tadika ak, ak bersekolah di pusat asuhan kanak-kanak Al-Arqam. Rakan-rakan setadika ak semuanya memakai serban seawal usia 5 dan 6 tahun. Ak pula hanya memakai kopiah. ~_~ . ya , saat itu ak masih ingat lagi.

  7. Berbalik dengan topik , ak rasa hendak dibanding dengan pertubuhan islam yang ada di Malaysia ini, ak rasa pertubuhan Al-Arqam merupakan salah satu organisasi yang begitu tersusun rapi dari aspek penerbitan majalah, studio rakaman, kilang-kilang, bangunan pendidikan , sahsiah, pertanian, dan perubatan. (jika Ustaz Ashaari tidak menyeleweng)! , Ini disebabkan kumpulan Ar-Arqam ini bukan sahaja aktif di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa.

  8. Sebanyak 52 buah kedai runcit dibangunkan di seluruh perkampungan Al-Arqam, 20 buah pasar mini, 36 buah kedai buku dan alat ibadat dan 18 buah restoran di seluruh Malaysia. Al-Arqam juga memiliki 56 buah kilang perusahaan di seluruh Malaysia. Pada tahun 1993, Al-Arqam mengambil langkah yang drastik dengan menumpukan perhatian kepada dunia antarabangsa. Langkah pertama adalah dengan menubuhkan Al-Arqam Group of Companies (AGC) yang menghimpunkan 22 buah anak syarikat milik jemaah Al-Arqam. (Sumber : Wikipedia) p/s : Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan kecemerlangan organisasi dakwah tertentu.

  9. Ok, berbalik kepada topik asal , iaitu Nasyid Nada murni dan seangkatan dengannya iaitu The Zikr (Nazrey Johani) dan juga soutus Sofwa. Nasyid2 ini kadang kala menitis air mata ak , ketika ak mendengarnya sebelum ak hendak tidur pada zaman kanak2 dan remaja.

  10. Apabila Al-Arqam diharamkan pada tahun 1994 , Nada Murni hanya bertahan sehingga 1996. Kemudian Industri Nasyid terus menyepi. Nada Murni selepas itu berpecah kepada Raihan (1996) , Hijjaz (10 Jan. 1997) dan Rabbani (1 Mac 1997).

  11. Semoga roh2 mereka yang telah meninggal dunia dalam kumpulan nasyid ini dicucuri Rahmat hendaknya, InsyaAllah.

  12. Berikut disertakan link download untuk lagu-lagu nasyid yang ak perkatakan tadi (ak menjalani waktu kanak2 ak dengan lagu-lagu berikut)

  13. Sungguh Epik lagu ini! huhu~ (kemungkinan hanya menggunakan alatan muzik yang traditional membolehkan seseorang itu fokus kepada liriknya) - melatih minda secara tidak sedar.- Self-Talking melatih seseorang itu menjadi lebih berkeyakinan diri. Teringat di kala ak melatih diri bercakap seorang diri di depan cermin untuk sesi `Public Speaking`.


11. `Scammer`kah DataType Vision ???


  1. Erm, ari nie terlintas nak berkongsi pengalaman menerima email atau iklan-iklan yang menawarkan pulangan hebat jika join perniagaan mereka. Ak terima email pada 6 Januari 2010 yang lalu. Sebelum ini ak pernah juga mengambil upah type di internet, tetapi ak tidak mengeluarkan sebarang duit. Jika email yang ak terima ini, mula2 sangat menarik perhatian ak, tetapi yang menjadi musykil nya ak perlu membayar RM 20 ? hm......

  2. Berikut Sedutan email yang diterima atau seperti di link ini- http://kerjadata.blogspot.com/

    http://datatypevision.blogspot.com/



    erm, dan juga, ak tak pasti adakah syarikat yang sama? http://onlinejobsolutionltd.spruz.com/


    Kedua-dua link tersebut menggunakan gambar di atas sebagai bukti pendapatan , tetapi menggunakan nama yang berbeza , satu DataType Vision dan Online Job Solution ?

    Bonus sedia menanti anda bila anda membuat bayaran dengan harga promosi RM20 sahaja .Fee hanya dikenakan sekali sahaja dan tiada fee berulang. Tujuan fee adalah untuk menampung kos pendaftaran, latihan dan meterial(manual) . Ini adalah kos yang sangat murah dan minima yang kami tawarkan. Kebiasaannya ia ditawarkan dengan harga ratusan ringgit/dollar. Tapi kami tawarkan ini sebagai PROMOSI untuk memperkenalkan sistem kerjaya ini kepada rakyat Malaysia. Jika anda order sekarang anda akan menerima :-

    • DataTypeVision® Congratulations
    • DataTypeVision® Vision Setting
    • DataTypeVision® Manual Training
    • DataTypeVision® Bonus 1
    • DataTypeVision® Bonus 2
    • DataTypeVision® Bonus 3
    • DataTypeVision® Bonus Tambahan
    • DataTypeVision® Rahsia Kerja


    *Semua urusan latihan dan penghantar pakej serta bonus dilakukan selepas bayaran dibuat melalui email dan anda boleh mencetaknya .

    Bersedia untuk memulakan kerjaya sebagai Jurutaip Memproses Data Dari Rumah?

    Segeralah membuat pendaftaran.Semakin lama anda bertangguh,semakin lambat anda mendapat income yang di tawarkan. Pendaftaran PROMOSI RM20.00 sahaja!

  3. Apabila disoal selidik modus operandi nya , apabila mendaftar, kita akan memperoleh buku panduan buat kerja menaip di rumah. Takde panduan yang jelas, cuma lebih banyak cerita-cerita motibasi, dan suruh kita cari peluang sendiri kat mana-mana ambil upah menaip.

  4. Pada pengakhiran buku itu, dia suruh kita fotostat buku panduan tu, kemudian jual balik buku dengan harga yang sama kita beli.

  5. Semak punya semak di google, ada juga orang yang membelinyan dengan harga RM 30, dan lebih lagi dalam RM 50.

  6. Yg dia maksudkan RM2800 seminggu tu ialah, kalau kita berjaya jual buku panduan lapuk ini dgn harga RM20 kepada 20 org selama 7 hari, bermakna kita akan dpt duit dari hasil jualan buku lapuk ni RM2800 (RM20 x 20 x 7 = RM2800.00). Itu yg maksudnya kita boleh jadi kaya dgn mudah hanya dari rumah dgn keje menaip bla bla bla...

  7. Jika rakan-rakan hendak memasuki perniagaan melibatkan internet , cuba soal selidik dahulu latar belakang syarikat, pengalaman orang yang menyertai dengan menggunakan carian google.

  8. Pada pendapat peribadi ak, perniagaan seperti ini hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja, dan tidak semua. Begitu juga dengan perniagaan yang mempromosikan link-link. Jika semua rakyat malaysia mendaftar perniagaan link ini, maka orang terakhir yang join tidak boleh buat apa-apa dan tidak dapat apa-apa.

  9. Jadi cuma ak nak dapatkan kepastian, bukan ak ada niat tidak baik mengenai perniagaan internet atau pekerjaan Jurutaip Data Maya ini, cuma ak tidak dapat kesahihan syarikat itu wujud atau tidak? erm......




Sunday, January 10, 2010

10. Facebook , akhirnya !

(keratan gambar dari sebuah akhbar tempatan)



  1. Laman sesawang jaringan sosial yang famous ketika ini ialah `FACEBOOK`. huhu. sebelum ni ak tak berniat pun untuk membuka akaun di situ disebabkan telah mendaftar banyak website social network seperti friendster, myspace, hi5 , multiply , dan lain2 agi.

  2. Tergerak hati ak untuk mendaftarkan diri di facebook , disebabkan digembar-gemburkan keseronokan permainan `Mafia Wars`. haha, ak tidak tahu apa yang best nya game berdasarkan web-browser nie, disebabkan sebelum ini ak lebih prefer permainan komputer yang menggunakan kad grafik yang unik dan jika ia melibatkan `online-game` maka lebih prefer jenis MMORPG (multiplayer massively online role playing game) seperti Knight Online, Ran Online, Supreme Destiny, Dekaron dan lain-lain lagi.

  3. Mark Elliot Zuckerberg , (lahir 1984) , pengasas facebook dan juga bekas penuntut university Harvard. Meminati bidang programming semasa di bangku sekolah , dan membangunkan beberapa program komputer khususnya komunikasi dan permainan. (Source: wikipedia)

  4. Antara fakta yang menarik pengasas facebook ini ialah:

    • pernah didakwa akibat mencuri rangka dan bahan-bahan terpelihara dari laman lain untuk mencipta Facebook.

    • merupakan seorang ‘setengah graduan’ kerana menghentikan pelajarannya untuk menumpukan perhatian demi membuat Facebook.

    • pernah diejek bodoh oleh golongan proffesional apabila menolak niat Youtube dan Google untuk membeli Facebook dengan harga yang mencecah 1 billion $USD ketika Facebook masih baru.

    • telah menjual syer sebanyak 1.6% Facebook kepada Microsoft dengan harga USD$246 juta !

  5. Aplikasi Facebook yang begitu mudah, dan menarik perhatian tidak kira golongan tua , muda malahan kanak-kanak. Malah di televisyen juga khususnya RTM mempamerkan iklan mengenai kumpulan 1Malaysia di Facebook. woot! Facebook mendapat promosi percuma. :) . tidak berlaku dalam friendster, myspace malahan twitter.

  6. Facebook pada ak sememangnya satu medium yang membolehkan seseorang itu add rakan sosial tanpa had , iaitu tidak memerlukan email seseorang itu , atau nama akhir untuk menjadi rakan kepada seseorang. (Friendster menggunakan konsep sedemikian bagi setting Privacy)

  7. Hari ini di berita harian metro (10 Jan 2010) sebuah artikel yang menarik perhatian ak.

  8. Seperti yang berikut: (Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas).

Saturday, January 9, 2010

9. Peristiwa 13 November 2009


  1. Apa bila aku membaca berita di surat khabar atau menonton berita di televisyen, boleh dikatakan tiap-tiap hari ada berita mengenai kemalangan jalan raya.

  2. Pada khamis lepas (7/01/10) , jam 9.20 pagi , bekas menteri besar perak, Datuk Seri Muhammad Nizar, mengalami kemalangan jalan raya. Alhamdulillah, beliau hanya luka di siku dan menerima satu jahitan.




  3. Begitu juga pada 26 Disember 2009, pada pukul 1 pagi , di Ipoh , Perak, kemalangan ngeri melibatkan bas Sani Express.

  4. Bercerita mengenai kemalangan, ak pernah mengalami nya pada (Jumaat) 13 November 2009 jam 2 petang. Pada ketika itu ak baru pulang dari solat Jumaat di Kampung Cahaya Baru menuju ke Senai.

  5. Pengalaman yang bermakna bagi seseorang yang masih bertatih di dunia ini. Ak yakin kejadian yang sedemikian merupakan satu tarbiyah buat diriku.

  6. Detik-detik ketika di dalam kereta yang berpusing-pusing ,sebelum terbalik , menyebabkan ak rasa terkejut di dalam kereta. Cermin pintu bahagian `driver` pecah , lalu kereta mengiring ke kanan, menyebabkan tangan kananku terseret ke tanah.

  7. Sedikit terkejut dengan kejadian itu, ak rasa terpinga-pinga, dan kemudian, kedengaran tapak kaki berkejaran menghampiri ak. "Dik, dik, tutup enjin" , salah seorang berkata. ketika itu, ak tidak boleh keluar disebabkan kereta ak terbalik 90 darjah ,pintu kereta driver ke bahagian tanah.

  8. Seorang datang mengampiri kereta , " Dik boleh bukak lock pintu kereta depan bahagian kiri", ak bergegas membukanya. Lalu dengan pantas , orang itu mengangkat aku. Di waktu itulah , ak tersedar, tangan kanan ak berlumuran darah, dan ak berasa sakit untuk mengerakkannya.

  9. Lantas seorang wanita cina berumur 30-an datang membawa air untuk mencuci luka ak. Tetapi ak dengan sopan menolaknya disebabkan ak belum bersedia untuk dicuci luka itu. Isi daging kelihatan, ak dapat rasakan jika dicuci dengan air begitu sahaja, perasaan yang amat perit boleh mendominasi ak... Ak sungguh terharu pada ketika itu. Ak mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada wanita itu. Semoga diberi kedamaian dan sejahtera pada wanita yang membantu ak tadi.

  10. Datang seorang wanita melayu 20-an , menawarkan handphone untuk ak menelefon keluarga, disebabkan handphone ak terpelanting dan menyebabkan screen pecah. 1st call tak dapat, 2 nd call tak dapat, 3rd call pun tak dapat, kemungkinan ayah ku silent hp atau tidak membawanya disebabkan pada waktu itu merupakan waktu selesai solat jumaat. Wanita itu memberitahu padaku yang dia akan telefonkan ayah aku , disebabkan dia hendak bergegas beredar kerana urusan kerja.

  11. 15 minit kemudian, datang sebuah kereta yang mewah menghampiri ak. Ketika itu ak sedang duduk untuk meredakan emosi dan kesakitan yang dialami + melihat kereta yang dinaiki ak terbalik. Keluar seorang lelaki dari kereta itu menghampiri ak tanpa berkata apa-apa lalu menghulurkan bisnes kad!!!!!! hahaha, pada ketika itu suatu emosi yang tidak stabil mendominasi aku, hendak sahaja ak melemparkan sahaja kad itu.

  12. Mujur saja , seorang unit rondaan datang lalu membawa ak ke keretanya untuk rawatan kecemasan. Daripada emosi yang panas itu lalu bertukar menjadi sejuk. Itulah yang dinamakan unik nya ciptaan Allah yang bernama manusia ini.

  13. 20 minit kemudian, pegawai kesihatan tiba dan membawa ak ke Pusat kesihatan kulai. Itulah pengalaman ak yang pertama menaiki ambulans dengan bunyi siren yang unik itu.

  14. Di dalam pusat kesihatan pula, di kaunter kecemasan, cuma seorang pegawai yang kelihatan tetapi sedang menjawab telefon. Tanpa berfikir panjang, ak terus masuk ke dalam bilik rawatan , tiba-tiba seorang nurse bertanya sama ada ak sudah mendaftar atau belum. Ak kata belum kemudian dia suruh ak ke kaunter semula.

  15. Kad pengenalan dan duit RM 1 dengan bersusah payah ak mengeluarkannya disebabkan tangan kiri ak sahaja yang boleh berfungsi dengan baik pada ketika itu. Ya Allah , begitu indahnya ciptaan Allah dengan mengurniakan kedua-dua tangan kepada manusia. Pada ketika itulah ak merasai nikmat ketika mempunyai tangan yang boleh berfungsi dengan baik.

  16. Sejurus ak memasuki bilik rawatan, tiba-tiba datang seorang pesakit dengan tangan kirinya memegang tangan kanannya di dalam plastik. Disebabkan plastik itu berwarna putih, kelihatan cecair merah menitis-nitis di dalam plastik itu.

  17. Dalam fikiran ak , adakah tangannya terhiris dan berpotensi untuk terputus tangannya....ahh....sudah, dengan emosi yang sedikit stabil tadi, menjadi tidak tenteram semula.

  18. Nurse suruh ak pergi ke bilik rawatan lain disebabkan pesakit tadi baru sahaja mengalami kemalangan mesin di kilang dan memerlukan rawatan dengan segera.

  19. Dalam 10 -15 minit ak tunggu, kemudian baru diberi rawatan. Ak menerima 2 jahitan. Kemudian pegawai kesihatan itu mempelawa ak untuk duduk di kerusi roda sambil dia menyorong ak sehingga ke bilik rawatan x-ray. Dengan muka selambanya ak setuju. huhu.

  20. Apabila tiba di bilik x-ray , ak tersenyum dan berterima kasih kepadanya. hehe, ak berkata padanya "saya sebenarnya tiada masalah untuk berjalan kaki, cuma saya rasa pada ketika itu saya agak memerlukan layanan sedemikian sebagai salah satu bentuk sokongan moral" (mungkin begini ayat ak)

  21. Doktor itu pun membalas, "Ha`ah patutlah , kaki awak takde apa-apa pun, nie nak ngada-ngada naik kerusi roda" . ak tersenyum.

  22. Setelah menyemak di bilik rawatan x-ray sama ada ak mengalami sebarang keretakan atau patah tulang, ak pun dibenarkan pulang. Alhamdulillah. Ak meminta 2 har MC, (sebenarnya nak minta 3 hari) disebabkan doktor itu kata ak punya tahap kecederaan tidak kritikal , jadi ak tidak membantah , walaupun keadaan kecederaan emosi ak agak kritikal juga....hehe.

  23. Dalam setengah jam kemudian, ummi dan ayahku sampai , bersyukur kerana ak tidak mengalami kecederaan yang kritikal. Alhamdulillah. Ummi dan ayahku menasihatkan ak untuk melakukan sujud syukur... :)











8. Contoh Bussiness Plan Proposal


  1. Minggu Lepas ak terjumpa satu iklan untuk untuk contoh pelan perniagaan bagi sesiapa yang ingin membuka bisnes sendiri.

  2. Web site itu menyediakan ruangan download secara percuma untuk kesemua e-book contoh pelan perniagaan ini tetapi dengan syarat, anda perlu mendaftarnya.

  3. Jadi untuk lebih mengetahui apa isikandungannya , ak pun mendaftarnya. Tetapi perlu untuk melakukan subscribe. Subscribe di sini bermaksud membenarkan informasi dihantar melalui email kita. Jadi kemungkinan email kita dipenuhi dengan iklan2 sepertimana kita mendapat notification melalui akaun FRIENDSTER, TWITTER dan FACEBOOK kita.

  4. Mungkin pihak tuan punya web itu , mendapatkan wang daripada sistem internet apabila kita mensubscribe.

  5. Apabila ak mensubcribenye, ak diberi link untuk mendownload kesemua ebook. cuma yang menjadi masalahnya, untuk mendownload kesemua ebook itu terpaksa dibuka satu-satu link. dan ini mengambil masa.

  6. Jadi , untuk memudah korang semua, ak telah mendownload semua pelan perniagaan ini, dan berkongsi pada semua pengunjung.

  7. Klik di sini untuk mendownload e-book.

1. Telekomunikas
2. Salon kecantikan
3. Burung Puyuh
4. Penternakan Kambing
5. Frozen food
6. Ladang Sayur
7. Makanan Ringan
8. Percetakan
9. Ikankeli
10. Cendawan
11. Dobi
12. Restoran
13. Lembu
14. Koperasi
15. Jahitan
16. Bakeri
17. Buah naga
18. Cacing
19. Catering
20. Cyber Cafe


7. Assasin Creed (Lineage) Movie



  1. Berbalik kepada costume yang di`review dalam post "costume assasin creed" , costume itu merupakan costume bagi watak hasyasyin dalam permainan video Assasins Creed 1 iaitu wataknya Altair. Game Assasin`s Creed 1 dilancarkan sekitar September 2008. Setelah 2 tahun, game ni disambung dengan sekuelnya iaitu Assasins Creed 2. Versi PC akan dilancarkan pada akhir bulan Januari 2010.

  2. Sebelum dilancarkan versi game, pihak syarikat pengeluar game, Ubisoft , telah menerbitkan filem Assasin`s Creed (Lineage) pada Oktober 2009. Filem pendek ini tidak dikeluarkan di mana2 pawagam, tetapi boleh didapati di youtube dalam bentuk episod iaitu episod satu sehingga episod 3. Keseluruhan tempoh untuk filem pendek ini ialah 36 minit.

  3. Filem pendek yang bertajuk Assasin Creed (Lineage) ini merupakan kisah sebelum scene video game Assasin`s Creed 2. Watak utama dalam cerita ini ialah Giovanni Auditore seorang hasyasyin yang berkhidmat dengan sebuah organisasi rahsia di Itali. Anaknya , Ezio yang menjadi watak dalam permainan video Assasin`s Creed 2.

  4. Apabila melibatkan kisah2 hasyasyin @ assasin, sememangnya ia berkaitan dengan perebutan untuk mendapatkan kuasa , konspirasi , dan sewaktu dengannya.

  5. Jika kisah Assasins Creed 1 berkisar mengenai puak hasyasyin yang diketuai oleh mualim untuk mendominasi kuasa di pemerintahan puak sunni dan membunuh sasaran penting tentera salib, Assasins Creed 2 pula berkisar mengenai perebutan kuasa di antara keluarga bangsawan yang dipanggil sebagai "House" contohnya "House of Medici".

  6. Untuk mendapatkan gambaran cerita pendek ni boleh lawati di sini.

  7. Untuk menontonnya secara percuma boleh di klik link di bawah.

    Part 1
    Part 2
    Part 3

  8. Kisah assasin yang ak perkatakan ini mungkin pada zaman pertengahan , di zaman moden pula berlakunya kisah assasin yang menggunakan senjata-senjata canggih.

  9. Di dalam Islam tiada diperkenalkan konsep Hasyasyin.






Friday, January 8, 2010

6. Isu Semasa Umat Islam di Malaysia



  1. Bulan November dan Disember 2009 terdapat isu-isu sensitif yang ditimbulkan, antaranya seperti yang dinyatakan di atas.

  2. Jika di negara-negara lain juga berlaku juga konflik yang sedemikian. tetapi dengan cara yang berlainan.

  3. Timbul juga blog-blog yang berbentuk provokasi yang sedikit sebanyak mengerakkan emosi kemarahan.

  4. Dalam era 2010 kemungkinan cabaran yang lebih besar lagi akan menemui kita semua.Bagaimana persiapan emosi ,fizikal dan spiritual kita terhadap perkara2 yang sedemikian?

  5. Mungkinkah ini yang dikatakan dunia akhir zaman? dari Nabi Adam A.S sehingga Nabi Muhammad S.A.W dilantik sebagai Rasul yang terakhir, segalanya memang jelas kebenaran yang ada apabila kita kembali kepada dalil akli (akal) dan nakli (Nas Al-Quran dan hadith).

  6. Berdasarkan pembacaan juga , seseorang itu boleh berubah. sama ada perubahan itu ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Definisi ke arah yang baik mungkin berbeza daripada pandangan setiap individu. Di sini , diperlukan satu tolok ukur untuk definisi `baik`. Ayat Al-Quran yang menjadi suatu petunjuk kepada manusia untuk dijadikan panduan.

  7. "Demi MASA. Sesungghnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang Berpesan-pesan dengan Kebenaran. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN" . (Surah Al-Asr : 1-3 )

  8. Semoga kita menjadi salah seorang yang dinyatakan di dalam surah Al-Asr ini. Amin.

Thursday, January 7, 2010

5. Costume Assasin Creed



  1. Antara perancangan tahun 2010 -2011 nie ak bercadang untuk membeli baju seperti gambar di atas. design baju ini seperti baju rasmi ninja. terdapat 3 - 4 filem berkaitan dengan assasin atau pun ninja contohnya ninja assasin yang dibintangi oleh rain.

  2. Costume di atas merupakan salah satu costume dipakai oleh karekter utama dalam permainan komputer Assasins` Creed (2008). iaitu Altair.

  3. Anggaran kos bagi baju di atas lebih kurang RM 800+ . haha, adakah ini satu pembaziran...@_@... ?

  4. Perkataan Assasin berasal daripada perkataan Arab iaitu Hashshashin . Lahirnya kumpulan ini adalah dari terbitan puak syiah semasa perang Salib. Mereka juga menjadikan tentera salib dan muslim sunni sebagai sasaran. dikatakan juga mereka mengambil Hashish(ganja) sebagai suatu tindakan ritual apabila merekrut orang baru untuk dijadikan hasyasyin.

  5. Digambarkan di dalam permainan Assasin`s Creed , boleh dikatakan seorang yang tersangat hebat, cool dan juga bijak bermain senjata. walaubagaimanapun terdapat sejarah disebalik watak hasyayin. Berdasarkan pengalaman ak bermain game ini, terdapat sejarah dan maklumat yang baru ak terima. Antaranya puak hasyasyin ini juga ingin membunuh Salahuddin Al-Ayubbi (Saladin) disebabkan puak syiah ingin mendominasi pemerintahan.

  6. Selepas sahaja ak bermain game ini, antara website yang menjadi rujukan ialah wikipedia dan website berkaitan sejarah perang salib. dari situ , ak mendapat maklumat yang tidak ak perolehi sebelum ini di sekolah-sekolah mahupun di universiti.

  7. Antara filem perang salib yang memaparkan kekuatan tentera islam ialah Kingdom of Heaven, dimana Khalifah Salehuddin Al-Ayubbi berjaya menawan semula Palestin dan Baitulmaqdis daripada tangan pihak tentera salib. Alangkah indahnya peristiwa itu.

4. Buka Multi Yahoo Messenger ID



  1. Ada di antara kengkawan yang mungkin ada ID yahoo yang berbeza. kadang2 amat letih utk buka berulang kali YM id untuk melihat email di ID yang berbeza. Ini disebabkan YM hanya boleh buka satu sahaja dalam satu2 masa.

  2. Jadi di sini, ak ingin berkongsi sedikit mengenai trick tuk buka ym id berbeza dalam waktu yang sama. Trick ni ak jumpa di salah sebuah forum international. kredit diberikan kepada orang yang initiate trik ni. hoho. ak hanya mentranslatekan sahaja dengan bahasa pasar.

  3. YM ID yang berbeza sangat memudahkan kengkawan daripada terlibat dengant lambakan email SPAMMER yang boleh merunsingkan korang. contohnya , ada email digunakan untuk.

i. Urusan Rasmi (interview, urusan bank, biasiswa, pekerjaan dsb)
ii. Urusan laman web sosial (Facebook, friendster, myrakan , dsb)
iii. Urusan Perniagaan (Perniagaan Internet)
iv. dan lain2.

Trik di bawah ini ak dah cuba di windows xp, vista tak sure.




1. Klik Start » Run

2. Tulis "regedit" dan tekan Enter

3. Pastu , di bahagian kiri, browse pada HKEY_CURRENT_USER»Software» Yahoo»Pager» Test

4. Then, right klik pada 'Test' folder dan pilih New » DWORD Value dan namakan folder itu sbg
Plural
.

5. Kemudian, Right klik pada "Plural" folder dan pilih "Modify"

6. Pastu, masukkan maklumat di bawah:

Value data : 1
Base : Decimal



klik 'OK', dan seterusnya close registry editor. tahniah! , skang korang sudah boleh login YM secara berapa banyak akaun korang suka..hoho.

Tuesday, January 5, 2010

3. GEMS




  1. Allrite ari nie ak ingin berkongsi mengenai pengalaman berada di program Graduate Employability Management Scheme (GEMS) atau dalam bahasa ibunda disebut `batu permata`.

  2. GEMS ini dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjana peluang latihan dan pekerjaan,if korang nak tau lebih lanjut boleh le ke portalnye. klik

  3. Kerajaan, melalui syarikat GLCs seperti Khazanah dan PNB akan melancarkan "Graduate Employability Management Scheme" (GEMS), yang didasarkan kepada skim graduan terdahulu yang telah dilaksanakan oleh syarikat-syarikat GLC dengan jayanya.

  4. Kerajaan bercadang untuk menyokong dan menyelaraskan usaha-usaha GLC dalam menangani masalah graduan menganggur ini dengan mewujudkan satu program bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka sebelum mereka diserap atau mendapat pekerjaan di syarikat GLC mahupun swasta.

  5. Sasaran program ini ialah untuk melatih sehingga 12,000 graduan dalam jangkamasa dua tahun. Kerajaan yakin, progam ini dapat menyumbang kepada pertumbuhan penggunaan domestik di samping memberi pengalaman yang berharga kepada graduan terlibat. (yep, sesuatu yang berharga)

  6. Ayat di atas ak copy and paste. Mengenai training yang ak jalani di GEMS di STC , antara modul yang ak rasa paling sangat2 berguna adalah seperti berikut. (13 Modul)

    A. Achieving Personal Excellent
    B. English for Business Communication (Part 1 and 2)
    C. Project Management
    D. Bussiness Appreciation
    E. Professional Grooming
    F. Customer Service
    G. Time Management
    H. Team Building
    I. Operation Management
    J. Office Management
    K. Presentation skill
    L. Interpersonal Skill
    M. Employability Enhancement

    dan ditambah dengan 4 projek yang perlu dilakukan oleh para peserta mengikut kumpulan masing2

    A. English Talent Day
    B. Community Service
    C. GEMS Carnival
    D. Corporate Dinner

  7. Peserta dibahagikan mengikut `Syarikat` (yang x berdaftar) , ahaks! berdasarkan penilaian `characteristic` -rating 1-5 terhadap kemahiran dan sikap tertentu.

  8. 2 bulan setengah merupakan sesuatu yang amat berharga pada ak, di situlah ak mengenal rakan-rakan seperjuangan yang mempunyai karekter yang unik.

  9. Dalam tempoh latihan itu juga , pengalaman yang bermakna bagi ak, tarikh 13 november 2009 , pada jam 2 petang , mengalami kemalangan yang begitu mendidik ak supaya lebih bersyukur apa yang dikurniakan. rakan-rakan seperjuangan sangat memberi sokongan moral walaupun pada ketika itu , moral ak kadang2 menurun.

  10. Nilai2 GEMS yang selalu dititikberatkan iaitu PESAT (Professional, Excellence, Self Discipline ,Active Learning, dan juga Team Working). Nilai2 ini yang ditanam oleh para trainer kepada para peserta supaya apabila berhadapan dengan situasi pekerjaan yang lebih mencabar dapat di neutralkan sedikit dengan nilai2 yang sedemikian. Perbelanjaan bagi seorang peserta yang mengikutinya memang tidak dinafikan memang besar jumlahnya.

  11. GEMS sudah berlalu, ak juga melangkah pergi untuk berhadapan dunia yang penuh persaingan dan juga serba mencabar. Kepada rakan2 seperjuangan di GEMS STC ,semoga terus berjaya di dunia ini dan dunia seterusnya. -peace-


Monday, January 4, 2010

2. Management, Manage Men, Manage Me


  1. Sebut sahaja perkataan Management terngiang dalam kepala otak aku mengenai pengurusan, dan juga GEMS (Graduate Employability Management Scheme). memori yang sungguh epik saat ak berada di Senai Training Centre selama 2 bulan setengah.

  2. Pada Pagi 2 Januari 2010 ak sempat mengembara ke Hotel Seri Malaysia yang terletak di Larkin mengikuti satu sesi taklimat berkaitan Hak-hak pekerja. Nak jadikan sebuah kisah yang epik, ada seorang pegawai dari jabatan tenaga kerja ini memberikan taklimat. Dengan berbekalkan `chewing gum` di mulutnya, membuatkan para pendengar taklimat ini termasuk aku terkesima dengan gaya seorang `speaker`disebabkan kunyahan yang dibuat oleh beliau.

  3. Gaya nye yang sempoi membuatkan para `audience` nak ketawa tapi control. Dia tidak mahu menggunakan laptop utk slide presentation nya, tapi lebih prefer menggunakan pen marker.

  4. Apa yang dia tuliskan papan putih , Management, Manage Men, Manage Me! itulah sebenarnya taklimat yang dia ingin sampaikan. ahaha. adakah dia dibayar utk taklimat sejam untuk itu sahaja? erm, walau bagaimanapun ak dapat sedikit sebanyak input yang berguna pada pagi itue.

  5. Yep, itulah sebenarnya ak nak berkongsi sebenarnya, Pengurusan , Pengurusan Manusia, Pengurusan Diri saya. Setiap manusia bertanggungjawab ke atas dirinya dan juga nasihat menasihati ke atas saudaranya seagama.

  6. Sama ada benar atau tidak, dalam kotak pemikiran aku berlaku banyaknye Klise atau double standard yang sangat berleluasa. contohnya, papan tanda "Jangan Buang Sampah di Sini", tetapi yang berlaku tempat itulah yang menjadi tumpuan orang awam membuang sampah"

  7. Ak sebagai pemuda yang dah berusia 24 tahun nie terfikir juga, pengurusan diri ini bukan sesuatu yang mudah, ia bermula dari sikap dan personaliti , dan juga pengaruh persekitaran. Kadang kala sesuatu yang ak pelajari secara teori ini bukan mudah untuk diaplikasi secara praktikal. Seolah-olah ada satu halangan yang membatasi jiwa dan raga untuk ke arah yang lebih baik.

  8. Ak rasa disinilah peranan ibu bapa, sahabat untuk memberi dorongan dan galakan moral untuk terus mara kehadapan tanpa mengenepikan prinsip dan falsafah kehidupan yang hakiki.

Sunday, January 3, 2010

1. Dunia Pengembaraan 2010 Bermula


2010 The Year We Make Contact!

  1. Yay! Tahun 2010 nie , akhirnya ak kembali berblog.!!!

  2. Sebenarnya ak dah start berblog pada tahun 2007 . Pada ketika itu , ak hanya menulis catatan mengenai pengalaman yang ak lalui semasa bergelar mahasiswa. Disebabkan pada ketika itu, ak memang kipas-susah-mati PC games, boleh dikatakan semua game keluaran terbaru akan tidak akan terlepas untuk dicuba lebih-lebih lagi permainan komputer jenis MMORPG (Multi Massively Online Role Playing Games) Disebabkan komitmen ak terhadap games mengatasi batasan waktu, jadi ak pun dah tak mengupdate blog, seterusnya ak mendelete trus blog tersebut.

  3. Atas faktor-faktor kesukaan ak terhadap permainan komputer ini juga , menyebabkan ak lebih suka menyendiri berbanding melakukan aktiviti fizikal or emosi or rohani or mengeratkan silaturrahim.

  4. Begitulah keadaan yang berlaku. Apabila kita ini terlalu asyik terhadap sesuatu perkara itu sehingga tahap 8 a.k.a Dewa , maka benda lain pun kita tidak perlu lagi. hahaha. sungguh daif nya ak. itulah hakikatnya. pada ketika zaman ak bergelar mahasiswa, ak cuba untuk mengelak terjebak untuk berlakunya cinta monyet sekali lagi. rakan2 ku yang lain berseronokan dengan pasangan masing-masing, ber sms, ber `dating`, ketika itulah ak ingin mengalihkan perhatian ak terhadap GAMES!!!

  5. pabila sudah masuk tahap `ketagih` , maka dunia ini akan ak menggangap hanya khayalan, walaupun ak menafikannya dalam hati, tetapi ia tetap berlaku. dan ini ak rasa merupakan minda separa tak sedar yang membuat ak menggangap ak berada dunia games. mandi tak basah, makan tak kenyang, hehe, macam bercinta le pulak.

  6. Tahun 2009 , banyak pengalaman yang berharga buat ak, yang sentiasa menjadi kenangan. antaranya tahun ak melangkah ke alam dunia yang sebenar yang rata-rata berbeza dengan keadaan semasa ak bergelar mahasiswa atau pelajar. antara teori dan praktikal, ideal or reality. bermulanya era ak memasuki alam pekerjaan.di sinilah prinsip kehidupan manusia sebagai hamba kepada Pencipta Alam Semesta yang diperlukan untuk terus mara kehidupan untuk tidak tersesat selama-lamanya. Ak pernah berasa confius yang agak kritikal disebabkan kurangnya membuka kembali kitab AL-Quran dan memahami maksudnya.

  7. Walaubagaimanapun 361 hari perlu dilalui sebelum beralih angka tuk tahun 2011. ak cuba untuk mengupdate blog ni setakat yang ak mampu. hohoho. dan Selamat Menghadapi Cabaran di tahun 2010! Allrite ! to be continued......
2010 The Year We Make Contact!


Mungkin Ada Suka

Related Posts with Thumbnails