Sunday, January 3, 2010

1. Dunia Pengembaraan 2010 Bermula


2010 The Year We Make Contact!

  1. Yay! Tahun 2010 nie , akhirnya ak kembali berblog.!!!

  2. Sebenarnya ak dah start berblog pada tahun 2007 . Pada ketika itu , ak hanya menulis catatan mengenai pengalaman yang ak lalui semasa bergelar mahasiswa. Disebabkan pada ketika itu, ak memang kipas-susah-mati PC games, boleh dikatakan semua game keluaran terbaru akan tidak akan terlepas untuk dicuba lebih-lebih lagi permainan komputer jenis MMORPG (Multi Massively Online Role Playing Games) Disebabkan komitmen ak terhadap games mengatasi batasan waktu, jadi ak pun dah tak mengupdate blog, seterusnya ak mendelete trus blog tersebut.

  3. Atas faktor-faktor kesukaan ak terhadap permainan komputer ini juga , menyebabkan ak lebih suka menyendiri berbanding melakukan aktiviti fizikal or emosi or rohani or mengeratkan silaturrahim.

  4. Begitulah keadaan yang berlaku. Apabila kita ini terlalu asyik terhadap sesuatu perkara itu sehingga tahap 8 a.k.a Dewa , maka benda lain pun kita tidak perlu lagi. hahaha. sungguh daif nya ak. itulah hakikatnya. pada ketika zaman ak bergelar mahasiswa, ak cuba untuk mengelak terjebak untuk berlakunya cinta monyet sekali lagi. rakan2 ku yang lain berseronokan dengan pasangan masing-masing, ber sms, ber `dating`, ketika itulah ak ingin mengalihkan perhatian ak terhadap GAMES!!!

  5. pabila sudah masuk tahap `ketagih` , maka dunia ini akan ak menggangap hanya khayalan, walaupun ak menafikannya dalam hati, tetapi ia tetap berlaku. dan ini ak rasa merupakan minda separa tak sedar yang membuat ak menggangap ak berada dunia games. mandi tak basah, makan tak kenyang, hehe, macam bercinta le pulak.

  6. Tahun 2009 , banyak pengalaman yang berharga buat ak, yang sentiasa menjadi kenangan. antaranya tahun ak melangkah ke alam dunia yang sebenar yang rata-rata berbeza dengan keadaan semasa ak bergelar mahasiswa atau pelajar. antara teori dan praktikal, ideal or reality. bermulanya era ak memasuki alam pekerjaan.di sinilah prinsip kehidupan manusia sebagai hamba kepada Pencipta Alam Semesta yang diperlukan untuk terus mara kehidupan untuk tidak tersesat selama-lamanya. Ak pernah berasa confius yang agak kritikal disebabkan kurangnya membuka kembali kitab AL-Quran dan memahami maksudnya.

  7. Walaubagaimanapun 361 hari perlu dilalui sebelum beralih angka tuk tahun 2011. ak cuba untuk mengupdate blog ni setakat yang ak mampu. hohoho. dan Selamat Menghadapi Cabaran di tahun 2010! Allrite ! to be continued......
2010 The Year We Make Contact!


1 Pengkritik:

Ricaldo wakerkwa said...

emeizing

Post a Comment

Mungkin Ada Suka

Related Posts with Thumbnails