Friday, February 26, 2010

4. Moral of the Story : Kungfu Panda


  1. Pernahkan korang menonton filem Kungfu Panda ? huhu, filem yang banyak moral value dari filem animasi yang popular sekitar tahun 2008.

  2. Sekitar Tahun Baru Cina yang lepas , ak berpeluang untuk menonton nya sekali lagi di siaran TV. Mungkin sekitar tahun 2008 ak menontonnya hanya sebagai hiburan, dan akhirnya ia hanya tamat sebagai satu hiburan.

  3. Berpeluang menontonnya di tv kali ini, pada 14 Februari lalu, tidak dinafikan , ada adegan yang membuat ak menitiskan air mata.. T___T , hehe. adakah ak disihir? lolz, atau hanya tindakan refleks daripada mataku, sehingga perasaan ak tidak dapat lagi menanggungnya dan hanya dapat diluahkan dengan air mata...@_@.

  4. erm , uniknya ciptaan Allah yang bergelar manusia ini. Berjumpa dengan pelbagai jenis orang membuatkan ak terfikir, ada orang menangis bila menonton cerita filem hindi, korea, anime dan lebih membuatkan ak bingung ada juga manusia menangis apabila peserta AF tersingkir daripada meneruskan berada di akademi. (huhu, teringat sekitar tahun 2003 , ketika itu ak Form 5, seorang rakan sekolah memberitahu ak, ramai orang menangis tengok AF, erm pada ketika itu bermulanya AF 1, dan ketika itu ak tak tahu apa itu akademi fantasia..)

  5. erm, apabila ak menontonnya , dapatlah ak simpulkan, pabila time penyingkiran, elemen music sentimental dimasukkan, untuk memberi rangsangan tenaga bunyi terhadap elemen emosi manusia. dan ditambah pula elemen percakapan oleh juruacara yang disusun rapi dari segi kosa kata untuk memberi rangsangan kepada manusia untuk menjadi sedih ketika itu. huhu.

  6. Begitu juga , baru-baru ni ak termenonton rancangan macam-macam aznil musim baru, yang menyelitkan slot (link :tangkap leleh) , huhu.

  7. Allrite , berbalik kepada topik. Filem Kungfu Panda, merupakan satu filem yang unik bagi ak. Kerana pada mulanya Po, watak utama, seorang panda yang berbadan besar, yang tidak mudah putus asa, hendak belajar kungfu, dan secara tidak sengaja dipilih sebagai the Furious Five.

  8. Guru Kungfu (SHiffu) sejenis Red Panda , dan rakan-rakan nye yang lain memandang rendah terhadap kebolehan dirinya . erm , kemungkinan disebabkan melihat dari segi luaran sahaja.

  9. Disebabkan keadaan sangat terdesak ketika itu, dan tiada pilihan lain untuk menentang Tai Lung maka nak tak Shiffu terpaksa mengajar Po(Panda) kung fu.

  10. Buntu untuk mengajar Po kungfu dengan teknik kebiasaan yang digunakan untuk anak muridnya yang lain, Shiffu seolah-olah seperti berputus asa.

  11. Akhirnya , shiffu melihat potensi si Po apabila Po ini merupakan seorang yang kuat makan, dan sangat konsisten terhadap perkara yang dia minat itu sehinggakan boleh memanjat untuk mengambil balang makanan.

  12. Tindakan Luar sedar si Po terhadap perbuatannya yang memanjat disedari oleh Siffu, membawa satu harapan baru oleh siffu. Dari situ lah , Siffu beranggapan untuk mengajar anak murid nya yang satu ini perlukan kaedah yang berbeza. Dan akhirnya , si Po berjaya menyerap ilmu kungfu.

  13. Ada sesuatu poin yang menarik perhatian ak dalam babak itu. Erm, mungkin suatu hari kita akan mempunyai anak , sama ada anak sendiri atau anak murid (jika bergelar guru), maka proses kenal pasti potensi individu rasanya perlu dilakukan, untuk mengaplikasi teknik pengajaran yang sesuai dengan tahap pemikiran dan juga psikologi mereka.

  14. Selain itu juga, babak di mana si Po yang putus harapan kerana mengetahui Legendary Scroll yang diwar-warkan sebenarnya hanya kerta kosong. Fikirannya terbuka luas apabila ayahnya seekor angsa, tukang masak mee yang terkenal, memberitahu kepada Po , tiada sebenarnya secret recipe. kata angsa itu, yang diperlukan , keyakinan terhadap sesuatu itu. erkz.

  15. erm , filem2 yang sedemikian merupakan salah satu filem yang ak masukkan dalam label motivasi. Terdapat juga beberapa filem yang ak anggap memberi satu tenaga (sama ada -ve @ +Ve) dan refleks terhadap emosi ak sebagai seorang manusia.

0 Pengkritik:

Post a Comment

Mungkin Ada Suka

Related Posts with Thumbnails