Tuesday, February 23, 2010

2. Facebook Delete or Deleted ?




  1. Sebelum ni di thread facebook, akhirnya , ak decide tuk membuka akaun fb.

  2. Terdapat beberapa maklumat yang sebelum ni ak kumpulkan mengenai FB, begitu juga dengan Friendster, Youtube , Yahoo dan Google. (Sorry, twitter not included, :P)

  3. Carian maklumat berkaitan web-web yang terkenal yang ak nyatakan di atas adalah berkisar mengenai teknik2 pemprograman, pengkodan, keunikan produk, dan juga orang-orang penting disebalik pengendali web2 tersebut.

  4. Berdasarkan pemahaman ak, dapat disimpulkan , produk2 web tersebut mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi sejarah, bahasa pengaturcaraan yang digunapakai, dan juga dari segi teknik pengiklanan yang begitu mempengaruhi pengguna.

  5. Memang tidak dinafikan juga di Malaysia , kebanyakannya mempunyai akaun email yahoo dan juga gmail. Ia seolah-seolah seperti fenomena `mee segera`. apabila berada di restoran atau di rumah, hendak makan mee segera, mesti akan mengatakan mee maggi bukan mee segera. (p/s: "Maggi" nama produk makanan dibawah syarikat nestle)

  6. erm, mungkin ini disebabkan faktor pengiklanan yang begitu memainkan peranan yang hebat dari segi mempengaruhi minda manusia dan juga mungkin produk itu sendiri yang unik dan pada ketika itu tiada lagi persaingan jenis produk yang sama.

  7. Allrite , berbalik kepada isu facebook, ak sebenarnya sebelum ini tidak ada masalah untuk memasuki dan mendaftar di laman sosial yang sedia ada contohnya : friendster, myrakan, muslimspace.

  8. Tetapi ada sesuatu artikel yang mempengaruhi naluri fikiran dan menyebabkan ak mendelete akaun facebook ak pada awal bulan februari lalu.

  9. Mungkin ada rakan-rakan yang mgkin tidak bersetuju, erm , tapi pada ak sebenarnya, ak ingin membuat uji kaji selama beberapa minggu , untuk ak tidak meng` login` ke ruangan facebook.

  10. erm, berdasarkan ujikaji ini ak dapati sehari , 2 hari , tidak on facebook, rasa seperti tidak lengkap pada hari itu. T_T, mungkinkah ini merupakan satu ketagihan? T_____T

  11. Tetapi ak cuba utk terus tutup akaun facebook , dan akhirnya , ak merasakan sesuatu kelainan, erm.

  12. Tempoh ak mendelete akaun iaitu bermula awal februari sehingga 21 februari lepas.

  13. Dan 2 hari lepas , rakan sekelas semasa di sekolah menengah , ingin membuat gathering, dan mengajak turut serta dalam perbincangan di facebook. erm, mungkin di sini, ak cuba utk create akaun yang baru, untuk ak memulakan ujikaji yang kedua terhadap facebook ini.

  14. Dan sememangnya facebook ini diiklankan secara percuma di TV1 , untuk promosikan 1Malaysia. hehehe.

  15. Erm, melihat di dada akhbar juga, kebanyakan fitnah dan skandal2 artis mendapat liputan di di ruangan gosip akhbar (soseh-soseh metro) facebook a.k.a `ruangan menyebok`. hehe.

  16. Walaubagaimanapun , mungkin jika ada rakan ku bertanya `ada fb x ? ` , hehe, dan ak selamba ak katakan `create fb nie tuk main game, dan dapatkan maklumat terbaru mengenai teori konspirasi new world order daripada page `FREE OUR MIND`. huhu.

  17. yeah, FB is something phenomena. but something strange about this phenomena. well, the truth is outhere.hehe. klik gambar di bawah untuk membacanya.

  18. Seperti peribahasa, `Rambut Sama Hitam, Hati Lain-lain`, mungkin sesetengah orang mempunyai persepsi berbeza. Tetapi yang pastinya persepsi ini perlu untuk diselarikan dengan Al-Quran dan Sunnah.

  19. Akhir kata ," log off see the beautiful sky" . :DD (Klik gambar di bawah untuk besarkan gambar)



0 Pengkritik:

Post a Comment

Mungkin Ada Suka

Related Posts with Thumbnails