Tuesday, January 12, 2010

14. Travian Antara Realiti dan Fantasi


  1. Erm, sebelum melelapkan mata, rasanya nak berkongsi mengenai permainan web-browser iaitu travian di server Malaysia. Ak mula start permainan ini pada peperiksaan semester akhir iaitu 3 hari sebelum kertas periksa subjek yang terakhir. Disebabkan peperiksaan itu hanya mengingat fakta dan tidak banyak memerlukan pemikiran yang kritis dan kreatif, dan ak telah menyiapkan point-point penting di dalam nota kecil ku, timbul rasa hendak bermain permainan online yang tidak begitu berat isi kandungannya.

  2. Muncul satu pop-up iklan travian server malaysia menarik perhatian ak, huhu. Sebelum ini coursemate ak (perempuan) pernah bertanya pada ak game online apa yang ak main. Ak kata padanya game yang menggunakan kad grafik dan bergenre MMORPG. Ketika itu perbincangan kumpulan mengenai projek bioteknologi. Dia berkongsi pengalaman dengan kami (ahli kumpulan) tentang pengalamannya bermain game Travian. Dia berasa frust disebabkan kampungnya asyik diserang oleh pemain-pemain lain.

  3. Jika ak hendak bermain satu permainan , ak mempunyai guideline, iaitu

    i. Permainan itu hendaklah menjadikan situasi ak sebagai pemain tidak stress dan frust menonggeng!

    ii. tiada aksi-aksi yang mengghairahkan

    iii. melatih tahap kecekapan membuat keputusan dan berkomunikasi secara maya

    iv. permainan itu mempunyai komuniti yang sihat , (user tidak mengamalkan racist, sering menggunakan vulgar word, dan bebas daripada hacker).

  4. Imbasan memori berkenaan menyebabkan , panduan yang pertama tidak dapat dipenuhi. Jadi ini menyebabkan ak berfikir tiga kali sebelum mendaftar permainan Travian. Kebetulan Travian Malaysia server 4, baru bermula satu hari. Jadi ak rasa pemain-pemain lain juga masih baru dan mereka perlu mengambil masa yang agak lama untuk menyerang pemain2 lain.

  5. Ya, keputusan telah dibuat. Ak menamakan karekter ak sebagai Almari (cupboard). huhu, mungkin nama ini simple. tapi pada ak nama demikian boleh menjadikan salah satu faktor melakukan reverse psychology terhadap user lain.

  6. Dengan bermula dengan satu kampung , akhirnya ak berjaya mendapatkan 7 buah kampung iaitu selama 4 bulan (Jun-September). Yay! mesti mak bapak ak bangga! huhu~ Bukan senang untuk bermain permainan ini. Ak membuat keputusan untuk delete akaun aku pada penghujung bulan September. Ak rasa ak membuat keputusan yang tepat.

  7. Permainan ini boleh membuatkan ketagihan menguasasi diri. Ini kerana para pemain terpaksa menjaga kampung daripada diserang daripada jiran-jiran berdekatan. Kemungkinan ada di antara pemain-pemain yang baru bangun daripada Subuh, terus mengadap komputer ,untuk mengetahui sama ada kampungnya diserang atau tidak.

  8. Wah, sampai begitu sekali ya. hohoho. erm, ak pernah mengalami keadaan sedemikian. tetapi setelah ak mengingat kembali hadis Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang bangun pagi tidak memikirkan ummat islam, maka dia bukan dari kalangan kami".

  9. Travians menggunakan sistem turn setiap hari. Sebab itulah ramai orang main game travians ni setiap hari. Ak pernah main sembunyi-sembunyi game travian di kala ak praktikal. huhu, kemudahan telefon sekarng boleh access ke internet menyebabkan ak boleh memantau keadaan kampung.

  10. Berdasarkan pemerhatian ak juga , ada dikalangan pemain travian yang main game nie di pejabat. Jadi hati-hati sebab travians tak bagi wang pampasan kalau korang diberhentikan kerja sebab ketagih main permainan ini sampai tak buat kerja dipejabat.

  11. Sungguh hebat penangan permainan ini. Ada juga mengatakan "kita perlu menguasai server Malaysia sebab tak nak orang luar negara mendominasi server kita". hurm , terpulanglah korng nak bagikan masa. tapi pada ak, permainan ini langsung tidak dapat menambah pendapatan ak, malah hanya menambah frust dan runsing tak tentu pasal.haha. Itulah yang berlaku.

  12. Pengalaman ak bermain di Server 4 , terdapat berlakunya politik travian yang amat dahsyat. hoho. Ada seorang User bernama Melissa yang sentiasa mendapat ranking pertama di awal permainan sehingga bulan ketiga permainan. Difahamkan user bernama melissa ini mempunyai 4 orang pemain.

  13. Pada awalnya ak mendapat jemputan daripadanya untuk menjadi orang bawahannya. Setelah 2-3 minggu selepas itu ,barulah ak dapat informasi mengatakan isu racist ditimbulkan. Ak tak pasti apa sebabnya terjadi. Berlakulah pertembungan peperangan di antara Kelompok Melissa dan group mereka gelarkan Zombie. Akhirnya Melissa tewas, dan owner asal quit game, dan diganti dengan orang lain.user bernama Melissa dan konco-konconya memasuki zombie. begitulah keadaannya. selepas sebulan peristiwa itu , ak terus quit, disebabkan ak bekerja sebelum ak memasuki GEMS.

  14. Begitulah permainan yang tidak menguntungkan siapa-siapa! Cuma mungkin kepuasan .Mungkin sesetengah pihak tidak bersetuju mengenai pendapat ak. huhu. Kepada sesiapa yang banyak masa tue, adalah baiknya anda meningkatkan pengetahuan melalui bahan bacaan di internet atau bahasa pengaturcaraan atau isu-isu semasa atau bermain permainan komputer yang lebih baik grafiknya..............@_@.

  15. Apa-apa pun , Travian sudah menjadi sejarah bagi ak..........

4 Pengkritik:

syed said...

geme ni terbaiklah..
dua tahun aku main..siap jadi leader lagi, curik kg org, rancang peperangan, buat provokasi, aku penah buat hampair 3 akaun dalam 1 sever, dan lain2 lagi.."hack sikit"..hihi
wow..ketageh gle..(berantu)haha..

tapi dah stop sekarang sbb sambung belajar x sempant nak jage kg2 tu..

pengembara707 said...

wow, hebatnya kamu..hehe...yap memang ketagih.
3 akaun dalam 1 server tue..hehe... ko main server malaysia or international?

bgs2x. eh ko sambung belajar kat ne ek ?

pengembara707 said...

bro , skunk belajar kat universiti malaysia perlis ek ?

syed said...

ahha kat u malaysia perlis.. kenal ke ??

Post a Comment

Mungkin Ada Suka

Related Posts with Thumbnails