Sunday, January 9, 2011

2. Cerita Pasal Kawan

(Klik Imej untuk lebih jelas)

1. Diambil dari entri http://contengmfr.blogspot.com/2010/12/komik-cerita-pasal-kawan-1.html.

2. Mesej yang begitu bermakna buat diriku.

1. Bola Atau Dakwah?

(Dari blogtpost saudara MFR)

1. Main bola kita nak menang dan kalahkan saudara kita. Tapi dakwah kita nak menang dan menangkan saudara kita. Itulah orang-orang yang menang.

2. Entri bulan ini dimulakan dari posting saudara mfr. Mesej yang sungguh mendalam.

Wednesday, July 21, 2010

2. Sepohon Kayu Daunnya Rimbun



  1. Ketika ak masih kecil, lagu nasyid ini sering menjadi inspirasi untuk ak lebih bersemangat dan sentiasa awas dalam menjaga solat. Dan sentiasa takut dengan balasan bagi orang yang meninggalkan solat.

  2. Dan kini ak meniti usia belia menghampiri ke dewasa, ujian dan juga cabaran yang hebat berada di persekitaran.

  3. Alunan muzik kontemporari (masa kini) , sedikit sebanyak memberi kesan ke atas ideologi.

  4. Ditambah pula dengan keadaan pada masa kini yang memberi penekanan kepada persaingan materialistik dan kapitalisme yang mencengkam.

  5. Semoga kita semua dapat menghadapi cabaran akhir zaman ini dengan tabah. "Inilah peringatan buat diriku yang sering lupa".

  6. Oh ya, di bawah ini video sepohon kayu yang dirosakkan umat pada masa kini. >.< (walaupun cerita itu versi komedi, pepun korang pun boleh menilainya sendiri kewajaran mempersendakan lagu versi nasyid ini)...

    edited: harap para pembaca tidak menghukum individu-individu yang berada video ini, dan didoakan suatu hari diri kita semua dan orang perseorangan dalam vid ini diberi hidayah , insyaAllah.


Tuesday, July 20, 2010

1. MMORPG - Dunia Yang Penuh Fantasi dan Ketagihan ????



  1. Sebut sahaja mengenai MMORPG (Massively Multiplayer Online Role-Playing Game) , pasti penggemar-penggemar permainan komputer pernah terjebak ke lembah `ketagihan` walaupun hanya beberapa hari sahaja. ahaks!. Terdapat juga kisah-kisah menyayat hati terhadap individu2 yang berkecimpung dalam genre MMORPG ini. Antaranya `pasangan suami isteri` yang ketagih bermain permainan MMORPG di korea selatan telah alpa dalam menguruskan bayi mereka sehingga menyebabkan kematian.

  2. Berbalik kepada permainan ini, pengalaman selama lebih kurang 7 tahun berkecimpung dalam dunia permainan fantasi sedikit sebanyak memberi sumber inspirasi mengenal keadaan dunia cyber dengan menggunakan `avatar`@ character yang mewakili pemain. Bermula dari tahun 2003 , permainan pertama yang ak terjebak dalam dunia MMORPG ialah Knight Online.

  3. Menggangap permainan itu sebagai satu alternatif untuk membina kreativiti dan juga masa lapang (erm, sepatutnya diisi dengan amal ibadat yang lebih baik), dan akhirnya ak juga terkena tempias `ketagihan` (read: Addiction to the games).

  4. Mungkin ada di antara pembaca yang sudah lama berkecimpung dalam permainan ini, dan sudah bersara. Dan ak kini juga dalam proses bersara.


Antaranya permainan-permainan MMORPG yang pernah dicuba :


1. Knight Online (2003-2006)
2. Vampire Slayer Online
3. Mobius
4. Ran Online

5. Runescape

6. Conquer Online

7. Mo Siang Online

8. Supreme Destiny (dead game)

9. Risk For Your Life 1
10. Risk For Your Life 2

11. Fiesta

12. Dekaron @ 2Moons

13. Soul of United Nation (SUN)

14. Dungeon and Dragon Online

15. Rune of Magic
16. Cabal Sea Online

17. Pirate King Online

18. Voyage Century
19.World of Warcraft
Europe Server
20. Maple Sea
21. Earth Eternal (Web Browser Online)

22. Supreme Destiny

23. Heroes of Might and Magic Online
24. Last Chaos

P/S : Kepada sesiapa yang belum menjejakkan `tangan` ke dalam permainan dunia MMORPG agar dinasihatkan supaya berfikir dan meminta pandangan dan nasihat daripada orang yang lebih baik amalannya. =)

Friday, June 4, 2010

DUNIA........





Inilah peringatan
Buat diriku yang sering lupa

Dunia tak seindah di mata
Dunia bukan yang disangka
Dunia negara beda
Penuh dengan tipu daya

Inilah peringatan
Buat diriku yang sering lupa

Dunia penuh alpa
Dunia penuh gundah gulana
Dunia memang fana

Dunia penuh alpa
Dunia penuh gundah gulana
Dunia pura-pura

Dunia
Yang kecil mahu yang besar
Yang besar makan si kecil

Yang miskin nak jadi kaya
Yang kaya miskin jiwa
Yang muda hilang malunya
Yang tua lupa usia

Yang lemah malas usaha
Yang kuat tindas sahaja
Dunia tak seindah di mata
Dunia bukan di sangka

Wednesday, April 7, 2010

2. Two Worlds Soundtrack

TWO WORLDS 1 GAME





  1. Penghujung tahun 2007, ak ada uploadkan video menu soundtrack game Two Worlds yang bertajuk Play the game. banyak positif review daripada user youtube, yang menyukai soundtrack ini.

  2. Walaubagaimanapun lagu ini mempunyai maksud `subliminal message` (Kandungan tersirat). cuba lah dengar ya. hoho.

  3. Kemungkinan penghujung 2010 , sambungan kepada Two Worlds , iaitu Two Worlds 2 : Temptation akan berada di pasaran.

Suddenly
The world belongs to strangers
Suddenly
The heavens split in two
Behind the cloves
Behind the eyes
It's hidden in the secrets and the lies.

Suddenly
The light is in the darkness
Suddenly
The fire burns so cold
Under the rock
And under the stone
What's hidden in the
Silence of the lamb
Till then I'll play the game.

Chorus:
Searching for the true religion
I trust the faith inside my heart
Until the truth reveals the secret
Till then I'll play
Till then I'll play the game.

Suddenly
I stand before the altar
Suddenly
I see the host devine
Inside my mind
Inside the signs
It's hidden in the passages and rhymes
Till then I'll play the game.

Chorus:
Searching for the true religion
I trust the faith inside my heart
Until the truth reveals the secret
Till then I'll play
Till then I'll play the game.

Suddenly
The world belongs to strangers
Suddenly
The heavens split in two
Behind the cloves
Behind the eyes
It's hidden in the secrets and the lies.
Till then I'll play...
... the game.

Tuesday, April 6, 2010

1. Semoga di tempatkan di kalangan orang yang beriman, amin.


  1. Takziah diucapkan kepada keluarga allahyarham din beramboi. Semoga rohnya ditempat dikalangan orang yang beriman. Amin.

  2. Melihat rentetan twitter din beramboi dan juga episod raja lawak musim 4 minggu 9 dan minggu 10, sangat memberi peringatan kepada ku.

  3. dan begitu juga mengenai kenyataan allahyarham mengenai ketidakhadiran di Anugerah Bintang Popular 2010.

  4. Begitu juga dengan kejadian rumah arwah din di rompak. (sumber: Hmetro)

  5. Dan fenomena bintang popular di FB kerana perbuatan mengutuknya (Rafiqin Darwisy). -jangan biarkan perasaan anda diluahkan di status FB ANDA....

(Sumber info Twitter : http://jomss.blogspot.com/2010/03/twitter-din-beramboi-berdiri-bulu.html)

(sumber asal http://twitter.com/TheRealBeramboi (Walaubagaimanapun twitternya sudah pun didelete).


Kronologi :-

27 Februari 2010 - Raja Lawak Minggu ke-9 (Mengenai Jemputan ke Majlis)




3 Mac 2010 - Kenyataan Allahyarham mengenai ketidakhadiran di Anugerah Bintang Popular




6 Mac 2010- di final raja lawak arwah din berkata kpd alex "kalau saya tiada lagi di radio era, awak ambik alih tempat saya nanti."



6 Mac 2010 - Sesape nk ganti aku tahun depan.. Dah x larat lagi nk buat klakar sbb dah berumur. Nak beribadah pula rasanya. (twitter)

13 Mac 2010 -Tak ramai yg dpt bertahan apabila di uji dgn kemewahan & ksenangan Yakni, kekayaan juga sebahagian ujian menuju kehancuran.. Hati2!

14 Mac 2010-Tanda2 ajal mula2 bahgian kaki berasa kebas2 kemudian bransur2 ke bhgian atas hingga ke nafas dan kluar selamanya.. Aku insaf!


Al-fatihah.

Tuesday, March 16, 2010

5. erm, something is not right


  1. erkz, nak tulis sesuatu setelah seminggu lebih tak tulis apa2 kat blog. tapi tiba2 sesuatu perasaan yang menggangu emosi ak sebagai seorang manusia.

  2. erm, perasaan ragu2, musykil , penuh tanda tanya/seruan/soal/ dan sebagainya penuh di dalam kotak pemikiran ak. zzzz.

  3. di media2 minggu ini dan minggu lepas banyak memaparkan fenomena yang membuatkan ak tertanya-tanya.

  4. sebelum ini ak mengganggap berita di akhbar itu apabila dibaca untuk dijadikan iktibar dan panduan untuk tidak berulang kepada anak cucu dan juga masyarakat sekeliling.

  5. Tetapi lama kelamaan, semakin `curious` ak dengan kejadian ngeri yang berlaku.

  6. Ada juga rakan2 ku yang selalu kata kepadaku "hang nie buat pe nak sibuk2 hal diorang, bukannye ko yang kena pun". "Baik hang tumpukan pada hidup ko. kerja pun tak stable agi, nie pula nak susah2 hal orang lain. enjoy ur life , k!....

  7. erkz, kritikan yang standard ak terima sejak daripada zaman universiti agi. ahaks! erm, ak pun bukan orang yang sesuai untuk tulis entri ni, tetapi ak rasa ada `something is not right!!!!!`.

  8. ya, benar di mana-mana negara pun mempunyai masalah tersendiri. inikan pula di bumi malaysia.

  9. Menonton `Aliff Firdaus` di TV 3 jam 9.30 malam tiap2 jumaat, membuatkan agi ak rasa something is not right... erkz, khuatir juga diri ini hanyut dengan permainan dunia.

  10. Erm, ak harap ak tidak dipengaruhi oleh anime Death Note dan juga filem Anniyan dijadikan suatu harapan sebagai agen perubahan sosial. (astaghfirullah al-Azim).

  11. Ajaran Islam sepatutnya dijadikan titik tolak sebagai agen perubahan sosial. Mungkin ak tidak layak untuk berceramah, tetapi dalam naluri hati kecil ak sentiasa menginginkan suatu perubahan mentaliti secara global ke arah cahaya kebenaran dan keimanan.

  12. plus , ditambah pula keadaan politik malaysia yang agak tegang. ditambah pula dengan lambakan filem2 barat yang sentiasa mengajar manusia untuk berfikiran `tiada tuhan` di dunia ini, semakin bertambah lagi kekusutan.

  13. Apa pun, tujuan asal tulisan ari nie adalah untuk sebagai peringatan kepada aku sendiri.


Monday, March 8, 2010

4. Movie : Prince of Persia


  1. Prince of Persia merupakan game komputer genre arcade yang pertama ak main di komputer sekitar tahun -90 an. woot! epik. Di bawah ini merupakan screenshot prince of persia 1 dan 2.

  2. Dijangka Mei 2010 , movie Prince of Persia akan ditayangkan adaptasi daripada video game prince of persia : sand of time . Berkisar mengenai Dagger of time yang mempunyai fungsi untuk mengembalikan masa kepada keadaan sebelumnya.



  3. Game prince of persia dikendalikan oleh syarikat Ubisoft dimana game Assasins Creed juga dibawah syarikat yang sama.
    -Costume Assasin`s Creed
    -Filem Pendek Assasin`s Creed



Altair (Assasin`s Creed 1)



Ezio (Assasin`s Creed 2)

Saturday, March 6, 2010

3. Komik -Kartini


  1. Mengimbau kembali memori di zaman persekolahan , mengingatkan ak sesuatu ingatan yang sangat berharga mengenai persahabatan, detik-detik perjuangan dengan rakan2 menghadapi UPSR, PMR dan juga SPM.

  2. Ketika ini juga mengenang kembali jasa2 rakan2 yang membantu dalam meniti saat-saat getir. Selalu di tulis di penjuru papan hijaun dengan kapur , mengenai detik hari menjelang peperiksaan besar untuk memberi satu tanda AMARAN kepada pelajar2 supaya tidak leka.

  3. hehe. Di saat ini juga , ak terkenang kembali tindakan2 tidak matang , yang kukira jika diberi peluang ingin kembali pada masa silam dan memperbetulkannya. ahaks! ya , itu hanya berlaku di filem2 fiksyen saja. Sememangnya masa itu tidak boleh dikembalikan.

  4. Sebetulnya, ak tulis entri ini selepas membaca komik yang bertajuk `KARTINI` yang dilukis oleh Tembakau. Sungguh epik kisah itu. Ia membuatkan ak mengingat kembali memori silam semasa zaman persekolahan, zaman di mana CINTA MONYET berlaku, zaman di mana , sedang tercari-cari identiti dan zaman di mana kawan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tindakan.

  5. Dan ak mengakui, yang ak mengalami peristiwa2 yang dinyatakan di atas.

  6. Tidak dinafikan komik `Kartini` ini memberikan ak inspirasi untuk melukis komik diari ak ketika di zaman persekolahan. T__T.

  7. Dan, kini ak masih mencari sambungannya `Kartini Kembali` sekuel kepada `Kartini`. Ak hanya mendapatkan `Kartini` sahaja disebabkan di Badan Bookstore , Plaza Angsana , komik sekuelnya sudah kehabisan bah!!!....@_@.

  8. Kisah dalam komik `Kartini` ini ditamatkan dalam keadaan yang membuatkan pembaca tertanya-tanya tentang bagaimana penamatnya kisah cinta antara dua watak ini yang tercetus sejak zaman sekolah sehinggalah zaman mereka sudah menamatkan sesi persekolahan…Adakah Aryon dapat memiliki Kartini atau sebaliknya?…Silalah mendapatkannya di kedai2 buku berhampiran yang berharga RM 6.90( Kartini) dan RM 14.00 (Kartini Kembali).

Wednesday, March 3, 2010

2. Zombiezzz- Game Edition

Plant Vs Zombies


  1. Zombies~....Ada dua games yang ingin dikongsikan bersama bertemakan zzzombie. Memang tidak dinafikan game ini boleh menyebabkan fenomena `addiction to the games`.. @_@.

  2. Game Pertama : Plant Vs Zombie (Rating 4.5/5)
    Game Kedua : Zombie Bowl (Rating 4/5)

  3. Klik link yang disediakan dibawah untuk mendownloadnya.

zombie bowl

Monday, March 1, 2010

1. Maklumat Kerjaya


  1. Entri pertama bulan mac ini, ak ingin berkongsi maklumat berkaitan dengan kerjaya. Maklumat ini diperolehi daripada sumber web "Pusat Maklumat Kerjaya" atau pun ia lebih dikenali dengan Career Info Centre (CIC) yang memunyai kaitan dengan JobMalaysia.gov.my dan juga Ministry of Human Resources (MOHR) .

  2. Mungkin maklumat yang ada diweb itu boleh dijadikan rujukan bagi sesiapa bakal graduan ataupun pelajar lepasan SPM atau matrikulasi yang masih tercari-cari kursus yang sesuai diambil untuk melanjutkan pelajaran di peringkat seterusnya.

  3. Berikut merupakan link download yang rakan2 boleh downloadnya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kerjaya yang ingin dipilih.

  4. Maklumat berikut , boleh juga dijadikan suatu maklumat tambahan semasa ditemuduga.

  5. Bercerita mengenai temuduga, memang tidak dinafikan , kejadian gementar @ nervous sentiasa terjadi. Ini disebabkan kemungkinan ada segelintir kita yang masih belum terdedah dengan situasi kerja malah situasi alam pekerjaan sangat berbeza dengan situasi di institut pengajian tinggi.

  6. Mempunyai maklumat2 konkrit tentang kerjaya yang ingin dipohon sedikit sebanyak dapat memberi reaksi positif penemuduga terhadap kebolehan kita. Sesungguhnya rezeki ada di mana-mana, cepat atau lambat sahaja. yang penting usaha yang sentiasa berterusan. InsyaAllah.

  7. Maklumat berikut merupakan Malaysia Standard Of Classification of Occupations 2008

Download : Principles of Classification of Occupations (Maklumat terperinci)


Major Group 1 : Managers
Major Group 2 : Professionals (Chemist, Engineering, Doctor)
Major Group 3 : Technician and Associate Professionals
Major Group 4 : Clerical Support Workers (Secretary, Clerk , PA)
Major Group 5 : Service and Sales Workers
Major Group 6 : Skilled Agricultural, Forestry and Fishery Workers
Major Group 7 : Craft and Related Trades Workers
Major Group 8 : Plant and Machine Operators, and Assemblers
Major Group 9 : Elementary Occupations
Major Group 0 : Armed Forces Occupations

p/s : maklumat berikut mempunyai 10 files pdf dan juga satu file txt. Selamat Memuat Turun. :)


Saturday, February 27, 2010

5. Login Facebook dapat RM 100 ? wah....





  1. erm, sebelum menulis entri ini, ak ternampak satu group di FB bertajuk seperti yang dinyatakan di atas. tulis di ruangan search, then dapati apa yang dipaparkan gambar di atas. huhu. zzz. i`m just curious bout something relate on internet money, wahaha. tapi jika ia berkaitan dengan skim cepat kaya dengan menjana pendapatan dengan hanya menggunakan orang bawahan sebagai mangsa, ia semestinya sesuatu yang tidak beretika.

  2. Ada orang kata , terlampau skeptik pun tak elok gak. ahaks! pepun ak bukan ahli yang layak menulis entri nie, cuma nak berkongsi maklumat.

  3. Ustaz Khairuddin juga di dalam webnya hari ini memberi penerangan serta hukum muamalat berdasarkan fenomena "Login Facebook Dapat RM100". di link ini.

  4. "Login Facebook Dapat Rm100 “ tu sebenarnya diorang join MLM yang berkonsepkan affiliate. Diorang promote dekat Facebook buat status, send message spam, tag gambar diorang yang ada tunjuk duit (USD 25) RM100. Lepas tu diorang suruh hantar message kat inbox kalau nak tahu.

  5. Pastu yang berminat diorang send message, and bila dah tahu diorang kena buat payment dekat orang yang refer kan diorang tu. Setahu program yang diorang join ni Infinity Downline.

  6. Tidak dinafikan komisyen yang diberikan oleh syarikat ini boleh membuatkan keuntungan yang besar berdasarkan penerangan di web site itu.

  7. Cuma dapat disimpulkan melalui pendapat ( bukan Fatwa) Ustaz Zaharrudin di webnya :-

i) Latar belakang syarikat Infinity Downline (ID) diragui.

ii) Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih
kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan
hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli
sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana
komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.

iii) Yuran USD 25 (RM 100) menjatuhkan ia di dalam unsur masyir dan
perjudian.

Friday, February 26, 2010

4. Moral of the Story : Kungfu Panda


  1. Pernahkan korang menonton filem Kungfu Panda ? huhu, filem yang banyak moral value dari filem animasi yang popular sekitar tahun 2008.

  2. Sekitar Tahun Baru Cina yang lepas , ak berpeluang untuk menonton nya sekali lagi di siaran TV. Mungkin sekitar tahun 2008 ak menontonnya hanya sebagai hiburan, dan akhirnya ia hanya tamat sebagai satu hiburan.

  3. Berpeluang menontonnya di tv kali ini, pada 14 Februari lalu, tidak dinafikan , ada adegan yang membuat ak menitiskan air mata.. T___T , hehe. adakah ak disihir? lolz, atau hanya tindakan refleks daripada mataku, sehingga perasaan ak tidak dapat lagi menanggungnya dan hanya dapat diluahkan dengan air mata...@_@.

  4. erm , uniknya ciptaan Allah yang bergelar manusia ini. Berjumpa dengan pelbagai jenis orang membuatkan ak terfikir, ada orang menangis bila menonton cerita filem hindi, korea, anime dan lebih membuatkan ak bingung ada juga manusia menangis apabila peserta AF tersingkir daripada meneruskan berada di akademi. (huhu, teringat sekitar tahun 2003 , ketika itu ak Form 5, seorang rakan sekolah memberitahu ak, ramai orang menangis tengok AF, erm pada ketika itu bermulanya AF 1, dan ketika itu ak tak tahu apa itu akademi fantasia..)

  5. erm, apabila ak menontonnya , dapatlah ak simpulkan, pabila time penyingkiran, elemen music sentimental dimasukkan, untuk memberi rangsangan tenaga bunyi terhadap elemen emosi manusia. dan ditambah pula elemen percakapan oleh juruacara yang disusun rapi dari segi kosa kata untuk memberi rangsangan kepada manusia untuk menjadi sedih ketika itu. huhu.

  6. Begitu juga , baru-baru ni ak termenonton rancangan macam-macam aznil musim baru, yang menyelitkan slot (link :tangkap leleh) , huhu.

  7. Allrite , berbalik kepada topik. Filem Kungfu Panda, merupakan satu filem yang unik bagi ak. Kerana pada mulanya Po, watak utama, seorang panda yang berbadan besar, yang tidak mudah putus asa, hendak belajar kungfu, dan secara tidak sengaja dipilih sebagai the Furious Five.

  8. Guru Kungfu (SHiffu) sejenis Red Panda , dan rakan-rakan nye yang lain memandang rendah terhadap kebolehan dirinya . erm , kemungkinan disebabkan melihat dari segi luaran sahaja.

  9. Disebabkan keadaan sangat terdesak ketika itu, dan tiada pilihan lain untuk menentang Tai Lung maka nak tak Shiffu terpaksa mengajar Po(Panda) kung fu.

  10. Buntu untuk mengajar Po kungfu dengan teknik kebiasaan yang digunakan untuk anak muridnya yang lain, Shiffu seolah-olah seperti berputus asa.

  11. Akhirnya , shiffu melihat potensi si Po apabila Po ini merupakan seorang yang kuat makan, dan sangat konsisten terhadap perkara yang dia minat itu sehinggakan boleh memanjat untuk mengambil balang makanan.

  12. Tindakan Luar sedar si Po terhadap perbuatannya yang memanjat disedari oleh Siffu, membawa satu harapan baru oleh siffu. Dari situ lah , Siffu beranggapan untuk mengajar anak murid nya yang satu ini perlukan kaedah yang berbeza. Dan akhirnya , si Po berjaya menyerap ilmu kungfu.

  13. Ada sesuatu poin yang menarik perhatian ak dalam babak itu. Erm, mungkin suatu hari kita akan mempunyai anak , sama ada anak sendiri atau anak murid (jika bergelar guru), maka proses kenal pasti potensi individu rasanya perlu dilakukan, untuk mengaplikasi teknik pengajaran yang sesuai dengan tahap pemikiran dan juga psikologi mereka.

  14. Selain itu juga, babak di mana si Po yang putus harapan kerana mengetahui Legendary Scroll yang diwar-warkan sebenarnya hanya kerta kosong. Fikirannya terbuka luas apabila ayahnya seekor angsa, tukang masak mee yang terkenal, memberitahu kepada Po , tiada sebenarnya secret recipe. kata angsa itu, yang diperlukan , keyakinan terhadap sesuatu itu. erkz.

  15. erm , filem2 yang sedemikian merupakan salah satu filem yang ak masukkan dalam label motivasi. Terdapat juga beberapa filem yang ak anggap memberi satu tenaga (sama ada -ve @ +Ve) dan refleks terhadap emosi ak sebagai seorang manusia.

Tuesday, February 23, 2010

3. The Arrivals (KEtibaan)


  1. Hari demi hari, masa sememangnya berlalu dengan pantas dengan IzinNya.

  2. Entri kali , ini ak ingin menulis berkisar pengalaman ak semasa ak berada di semester akhir (sekitar bulan Februari 2009) di UTM , skudai.

  3. Sungguh banyak pengalaman yang ak terima , manusia sememangnya unik, dari segi minda, kebolehan , kompentensi, kemahiran dan sebagainya.

  4. Pada ketika itu, ak pergi menziarahi rakan ak di bilik dormnya. tidak dinafikan rakan ku ini sememangnya sangat suka membaca buku. Dan ak terkena tempias nye juge. Setiap minggu ada sahaja buku yang dibeli atau dipinjam di perpustakaan. Inspirasi membeli buku-buku ilmiah di badan bookstore di plaza angsana juga secara tidak langsung daripada aura yang ada pada dirinya.

  5. Dan pada ketika ak ziarah ke biliknya , ak cuba membelek buka yang baru dibelinya. Buku yang sangat berkualiti dari segi covernya. hehe, orang kata `don`t judge the book by its cover`. erm, kemungkinan betul juga. teringat kata2 seorang trainer , yang mengatakan terdapat pelbagai buku-buku di pasaran, masing-masing bersaing untuk menarik perhatian pembaca. dan sememangnya cover buku itu merupakan salah satu faktor untuk menarik perhatian mata memandang dan seterusnya mempengaruhi minda untuk membelek isi dalamnya.

  6. Tajuk buku "Gerakan Freemasonry". hehe, baru ak teringat tajuk buku itu setelah melawat blog rakan sekolah ak. (source)






  7. Erm , sungguh terbuka minda ak apabila membaca buku itu. Apa yang sedang berlaku di dunia ini seolah-olah manusia seperti di brainwash atau sihir zaman moden. termasuk juga ak. mungkin ini dikatakan minda separuh sedar. i`m not sure.

  8. Ak sebenarnya masih dalam berjinak-jinak untuk memahami keilmuan islam yang betul-betul tulen tanpa ada prejudis yang mewakili parti-parti politik demokrasi.

  9. Sememangnya ak berada di zaman yang sungguh kompleks untuk dihuraikan. @_@.

  10. Berbalik kepada buku yang ak nyatakan di atas, perancangan ini sememangnya sudah dibuat semasa ak belum lahir lagi.

  11. Teringat agi , semasa ak di tingkatan 4, subjek sejarah ,mengenai pihak british yang menjajah Amerika Syarikat (Sumber: 13 Koloni) . Pihak British dikritik kerana negara kecil menjajah negara besar.

  12. British pada ketika itu merupakan negara yang super power , tetapi belum mutlak disebabkan Khilafah Islamiyah masih ada.

  13. Dan akhirnya peralihan super power ini beralih ke Amerika , dan menjadi mutlak setelah keruntuhan khilafah pada tahun 1924.

  14. Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:

    Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.

  15. Menurut , Sheikh Imran Hussain. (Source:) ,

    Satu hari terasa bagaikan setahun
    Dajal perintah dunia melalui Great Britain.

    Great Britain adalah kuasa paling kuat dan pound sterling menjadi matawang utama dunia.

    Ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan
    Dajal perintah dunia melalui Amerika Syarikat...
    Amerika Syarikat adalah kuasa yang paling kuat dan US Dollar menjadi matawang utama dunia

    Ada satu hari yang terasa satu minggu Dajal akan perintah dunia melalui Holy Land,Jurusalem (Israel)
    Dan bila Dajal perintah dunia melalui Israel, Israel akan jadi kuasa utama dunia dan invisible money akan menjadi matawang utama dunia.
    (erm, invisible money boleh dikatakan electronic money ? @_@ )

    (Sumber: the arrival )

  16. Terdapat juga blog yang memaparkan pendedahan mengenai aktiviti illuminiti dan freemason (contohnye http://www.haz1khalid.blogspot.com/, mistisfiles.blogspot.com

  17. Terdapat juga movie hollywod National Treasure , Angel and Devil , ada unsur2 illuminati. dan juga subliminal message. Simbol One Eye.





Lady GAGA

2. Facebook Delete or Deleted ?




  1. Sebelum ni di thread facebook, akhirnya , ak decide tuk membuka akaun fb.

  2. Terdapat beberapa maklumat yang sebelum ni ak kumpulkan mengenai FB, begitu juga dengan Friendster, Youtube , Yahoo dan Google. (Sorry, twitter not included, :P)

  3. Carian maklumat berkaitan web-web yang terkenal yang ak nyatakan di atas adalah berkisar mengenai teknik2 pemprograman, pengkodan, keunikan produk, dan juga orang-orang penting disebalik pengendali web2 tersebut.

  4. Berdasarkan pemahaman ak, dapat disimpulkan , produk2 web tersebut mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi sejarah, bahasa pengaturcaraan yang digunapakai, dan juga dari segi teknik pengiklanan yang begitu mempengaruhi pengguna.

  5. Memang tidak dinafikan juga di Malaysia , kebanyakannya mempunyai akaun email yahoo dan juga gmail. Ia seolah-seolah seperti fenomena `mee segera`. apabila berada di restoran atau di rumah, hendak makan mee segera, mesti akan mengatakan mee maggi bukan mee segera. (p/s: "Maggi" nama produk makanan dibawah syarikat nestle)

  6. erm, mungkin ini disebabkan faktor pengiklanan yang begitu memainkan peranan yang hebat dari segi mempengaruhi minda manusia dan juga mungkin produk itu sendiri yang unik dan pada ketika itu tiada lagi persaingan jenis produk yang sama.

  7. Allrite , berbalik kepada isu facebook, ak sebenarnya sebelum ini tidak ada masalah untuk memasuki dan mendaftar di laman sosial yang sedia ada contohnya : friendster, myrakan, muslimspace.

  8. Tetapi ada sesuatu artikel yang mempengaruhi naluri fikiran dan menyebabkan ak mendelete akaun facebook ak pada awal bulan februari lalu.

  9. Mungkin ada rakan-rakan yang mgkin tidak bersetuju, erm , tapi pada ak sebenarnya, ak ingin membuat uji kaji selama beberapa minggu , untuk ak tidak meng` login` ke ruangan facebook.

  10. erm, berdasarkan ujikaji ini ak dapati sehari , 2 hari , tidak on facebook, rasa seperti tidak lengkap pada hari itu. T_T, mungkinkah ini merupakan satu ketagihan? T_____T

  11. Tetapi ak cuba utk terus tutup akaun facebook , dan akhirnya , ak merasakan sesuatu kelainan, erm.

  12. Tempoh ak mendelete akaun iaitu bermula awal februari sehingga 21 februari lepas.

  13. Dan 2 hari lepas , rakan sekelas semasa di sekolah menengah , ingin membuat gathering, dan mengajak turut serta dalam perbincangan di facebook. erm, mungkin di sini, ak cuba utk create akaun yang baru, untuk ak memulakan ujikaji yang kedua terhadap facebook ini.

  14. Dan sememangnya facebook ini diiklankan secara percuma di TV1 , untuk promosikan 1Malaysia. hehehe.

  15. Erm, melihat di dada akhbar juga, kebanyakan fitnah dan skandal2 artis mendapat liputan di di ruangan gosip akhbar (soseh-soseh metro) facebook a.k.a `ruangan menyebok`. hehe.

  16. Walaubagaimanapun , mungkin jika ada rakan ku bertanya `ada fb x ? ` , hehe, dan ak selamba ak katakan `create fb nie tuk main game, dan dapatkan maklumat terbaru mengenai teori konspirasi new world order daripada page `FREE OUR MIND`. huhu.

  17. yeah, FB is something phenomena. but something strange about this phenomena. well, the truth is outhere.hehe. klik gambar di bawah untuk membacanya.

  18. Seperti peribahasa, `Rambut Sama Hitam, Hati Lain-lain`, mungkin sesetengah orang mempunyai persepsi berbeza. Tetapi yang pastinya persepsi ini perlu untuk diselarikan dengan Al-Quran dan Sunnah.

  19. Akhir kata ," log off see the beautiful sky" . :DD (Klik gambar di bawah untuk besarkan gambar)



Thursday, February 18, 2010

1. Komik Online : Menusuk Kalbu oleh Saudara MFR

SIRI KOMIK ADAB [01-09]

Saturday, January 16, 2010

20. Keyboard story.....


  1. Merujuk kepada tulisan pada thread ke-17, ak decide membeli sebuah keyboard di kedai mainan yg berharga RM 129.90. huhu. Duit yang digunakan itu adalah daripada upah membaiki komputer serta membuat montaj untuk tayangan multimedia bagi majlis-majlis rasmi yang diadakan di kolej semasa ak masih bergelar mahasiswa.

  2. Tercetus idea utk membeli keyboard ini adalah daripada permainan keyboard anak buah yang berumur 1 tahun. hohoho. Setelah itu ak terus mencari video-video di youtube berkenaan tutorial piano dan keyboard. Agak susah juga pada mulanya untuk mencari video2 berkaitan ini yang mengajar step by step, kerana disebabkan ak memang tak ada basic alat muzik, huhu, kecuali recorder itu pun semasa mempelajari mata pelajaran muzik darjah 4 dan 5 di sekolah rendah.

  3. Then dari situ , ak cuba belajar not dan juga tutorial. Jika ada kesempatan ak cuba berkongsi step2x untuk lagu-lagu tema yang famous, tapi versi pendek sahaja setakat ini.

  4. Apabila ak berada di GEMS, ak tak membawa keyboard di hostel. Jadi disebabkan itu , ak mencari perisian keyboard yang boleh bermain di laptop. Dan akhirnya ak menjumpai software yang ak rasa sangat sesuai bagi sesiapa yang ingin bermain keyboard untuk kegunaan sendiri.

  5. Perisian yang ak ingin kongsikan itu ialah Electronic Keyboard 2.5. Perisian ini diprogramkan menggunakan visual basic oleh seorang freelance programmer daripada brazil. Perisian ini dikategorikan sebagai sumber terbuka.

  6. Untuk mendownload perisian ini, sila klik di sini.

  7. Untuk Tutorial atau step2x instrumental, thread ak cuba untuk tulis di thread seterusnya......

  8. Harap digunakan perisian itu dengan sebaik-baiknya..huhu. :)








http://www.4shared.com/file/198486068/393598a0/Electronic_Piano_25.html

Friday, January 15, 2010

19. New Link (Komik Online)




  1. Thread nie utk membuat pengumuman mengenai tambahan link untuk koleksi bahan komik di internet yang sama-sama boleh dibuat pengajaran. My diari (untuk catatan peribadi) manakala Komik pula untuk bahan berupa kartun dan komik yang santai yang dilukis oleh saudara MFRstudio dan lain-lain.

  2. Diari (pengembara707.blogspot.com)

    Komik (pg707komik.blogspot.com)

  3. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. :) , jika ada di antara pengunjung yang ingin menutup `sound` daripada radio yang ada di blog ini , terdapat panduan di bawah ini.


18. Gerhana Matahari 15 Januari 2010


sumber gambar


Tarikh: 15 Januari 2010

Hari: Jumaat


Masa mula Gerhana: 2:55 Petang

Masa tamat Gerhana: 5:45 Petang

Jenis Gerhana: Separa

Tempat: Malaysia dan kawasan yang bernasib baik

sumber : blog saffuan-bintangkejora

  1. SubhanaAllah, gerhana matahari berlaku hari ini. tapi ak tak sempat nak saksikan kejadian yang unik ini. Ak sempat melihat ke arah matahari pada pukul 3 petang, iaitu selepas berehat-rehat selesai solat Jumaat.

  2. Ak masih ingat waktu ak saksikan gerhana matahari penuh pada tahun 1998 pada ketika itu ak berada di sekolah kebangsaan tanjung puteri, JB dan darjah 6 . apabila ak tanya kat pak cik google, ak dapati tarikh ketika itu ialah 22 Ogos 1998. saat itu masih menghitung hari untuk peperiksaan UPSR.

  3. Tahun 2009 kejadian gerhana matahari berlaku juga iaitu pada 26 januari 2009. sumber :(Falak online)

  4. Tapi yang pastinya, ak tak buat solat sunat gerhana matahari. :( , rugi.

Thursday, January 14, 2010

17. TItanic Theme Song-Electric Piano Version



  1. erm, malam nie takde sangat nak tulis. InsyaAllah, hujung minggu nie kot. :D , Perisian yang ak guna di atas ialah Electronic Piano 2.5. Untuk melihat video ini dgn lebih jelas dan mengetahui step-step ini boleh la download di sini.

  2. sebenarnya malam nie ada banyak penemuan menarik dan rasa ingin berkongsi, . tapi disebabkan stamina berkurangan...huhu...rasa letih dan perlukan tenaga dengan cara tidur. ~ , katakan tidak pada kopi Jantan! huhu T_T.

  3. Ari nie nak berkongsi langkah2 menekan keyboard (electric piano) dengan menghasil irama tema cerita titanic , Celine dion-My heart will go on............hehehe..........

  4. Bercerita mengenai keyboard, bermulanya ak bermain alat permainan ini ketika itu setelah seminggu ak selesaikan praktikal di institusi kerajaan selama 2 bulan. iaitu pada awal Julai 2009.

  5. Ketika itu , ak bersiar-siar seorang diri di Plaza Angsana , berinteraksi dengan manusia-manusia yang mempunyai ketinggian fizikal dan budi yang berbeza..huhu ~ , saja je nak mendekatkan diri dengan masyarakat disebabkan setelah 4 tahun berada di IPT.

  6. Ketika inilah ak memasuki kedai permainan di Plaza Angsana di tingkat 3 atau 4. erm, ternampak keyboard yang mencuri perhatian ak. Brader yang jadi jurujual itu bersungguh mempromosikan keyboard itu. Dari keyboard yang status kanak2 nye berharga RM 29.90 sehingga kepada RM 200. huhu, mungkin jika ak pergi alat muzik harga keyboard lebih daripada itu.

  7. Setelah ak cuba semua jenis keyboard di kedai permainan itu, ak decide memilih 54 pin keyboard....RM 129.90. Semua orang kat rumah ak terpinga-pinga kenapa beli alat muzik , khuatir juga, disebabkan ak bukannya seorang kaki muzik huhu.. (erm, sebenarnya ada banyak benda boleh melatih otak kanan -kreatif)

  8. erm itu je setakat nie. nanti ak try berkongsi kisah mengenai "Mengapa terdetik ak bermain keyboard". (antara piano dengan keyboard bezanya cuma satu menggunakan tali satu menggunakan teknologi).

  9. Mungkin ada di antara pembaca mengatakan ada segelintir alat muzik diharamkan di dalam Islam. perkara ini mungkin boleh dikongsi bersama.

  10. Walaubagaimanapun setakat ini ak menggunakan keyboard itu untuk kegunaan sendiri.

Wednesday, January 13, 2010

16. Password Manager : Menyusun Atur Password





  1. Thread sebelum ni ada berkongsi mengenai perang siber di antara Malaysia dan Indonesia pada tahun lepas (2009). Rujuk Thread ke -15 (Jan 10) Atau Klik gambar di bawah ini untuk paparan yang lebih jelas.





  2. Kita yang tidak tahu sangat mengenai keselamatan internet (termasuk ak) juga boleh terkena tempiasnya disebabkan kini kita juga terlibat secara tidak langsung penggunaan internet.

  3. Akaun seperti Friendster, Facebook, Email, Multiply dan lain-lain yang memerlukan `password` untuk membolehkan memasuki akaun peribadi kita.

  4. Kemungkinan ada di antara kita yang menggunakan password yang sama untuk email dan akaun laman sosial yang lain.

  5. Jika ini berlaku, sudah semestinya orang yang tidak bertanggungjawab ini mengambil kesempatan untuk memanupulasikan keadaan untuk mendapatkan info-info peribadi.

  6. Ada di antara kita juga yang menulis password di dalam notepad mahupun microsoft word.

  7. Ada juga cara dengan menggunakan perisian Password Manager untuk kita simpan password untuk akaun yang berbeza.

  8. Berikut merupakan Perisian yang dinyatakan

  9. KeePass Password Safe (Klik ke Laman Web Rasmi Perisian Ini)

  10. Perisian ini merupakan sumber terbuka dan percuma.

  11. Setakat ak hanya mencuba 1.17 Released. dan juga boleh download perisiannya disini.

  12. Kita perlu create Master Password

  13. Add Entry

  14. Masukkan Username dan Password untuk bahagian yang dikehendaki (email, Homebangking, Internet, Windows dan lain2) untuk backup supaya kita tidak panik apabila terlupa password.

  15. Perisian ini akan menghasilkan file database yang kita save password tadi. File .kdb ini yang perlu kita buat backup.








15. Website Rasmi Mahkamah Majistret di hacked oleh Brainwash @ CuciOtak ?

Pesanan : (Klik Gambar untuk paparan yang lebih jelas)

  1. Erm , berita nie ak dengar di berita stesen tv hari nie. Jadi untuk mencari kepastian, try check di enjin carian google. Then , berita yang ak lihat dan dengar itu memang betul dan kes ini berlaku pada 7 januari lalu. Laman web rasmi mahkamah majistret digodam oleh seseorang atau kumpulan yang digelar Brainwash @ CuciOtak. Klik di sini untuk ke sumber berita. Beberapa hari sebelum kejadian ini berlaku juga, Herald's online juga turut digodam. (source: The Malaysian Insider)

  2. Antara tulisan yang di paparkan pada web itu ialah :

    Take Down by Brainwash!", left this message: "Allah only restricted to muslim only. Don`t touch us as we don`t touch you. Unless....."

    "Mess with the best, die like the rest".

    p/s: To the court, Brain know you postponed it but if you wise enough then you should drop it

  3. Ini rentetan disebabkan keputusan mahkamah majistret membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam penerbitan akhbar Herald.

  4. Kemungkinan memang CuciOtak ini yang melakukan atau pun individu @ organisasi lain yang menyamar sebagai cuci otak .

  5. CuciOtak @ Brainwash? hurm, mengingatkan ak beberapa laman website di Malaysia yang popular di godam dan defaced (spoil muka depan laman web).

    Antaranya web rasmi Uitm, MenaraKl , Petronas Malaysia GP , Etiqa Insurance and Takaful , dan juga web rasmi untuk filem penggodam tempatan iaitu Cyber x : Ancaman Penggodam (Web ini lagi dahsyat, terus dihijacked).

  6. Disclaimer : Info yang dinyatakan di bawah adalah di temui ruangan forum IT yang berpangkalan di Malaysia dan juga blog berkenaan hacker di malaysia yang merupakan maklumat untuk tatapan umum.

    Berikut sedikit sebanyak paparan yang berkaitan dengan hasil kerja cuciOtak yang saya jumpa setakat ini : -

    Klik Gambar untuk paparan yang lebih Jelas.

    A) Web rasmi Uitm (http://uitm.edu.my) -April 2008 dan Ogos 2009


    http://uitm.edu.my (Ogos 2009)




    http://uitm.edu.my (April 2008)




    B) MenaraKl -september 2009

    http://menarakl.com.my (september 2009)



    C) Petronas Malaysia GP -Mac 2008


    http://malaysiangp.com.my (Mac 2008)



    D) eTiQa Takaful - Oktober 2008


    http://www.etiqa.com.my/index.php?tpt=4 (Oktober 2008)




    E) Filem Tempatan > CyberX : Ancaman Penggodam 21 Ogos dan 29 Ogos 2009





  7. Disebabkan Tiada Jawapan kepada persoalan bila akan ditayangkan di pawagam filem ini, CuciOtak ini bertindak `mendelete semua isikandungan pada website rasmi filem itu. yay!

  8. Ak pernah mengikuti dari minggu ke minggu website filem itu untuk mengetahui bila tarikh rasmi filem ini dilancarkan, tapi sampai sekarang masih tiada lagi jawapan. di bawah ini merupakan website asal yang sempat ak screen shot di kala website ini masih ada. http://www.cyberxmovie.com/

    klik gambar untuk paparan lebih jelas.


  9. Erm, masih banyak internet security yg skunk lebih canggih yang ak tidak ambik tahu.....hahaha...........T_T. Ak masih ingat lagi , sepanjang tahun 2009 , penduduk indonesia melancarkan perang siber ke atas rakyat Malaysia sehingga beratus-ratus website dari Malaysia di ubahsuai.



  10. Walaupun begitu juga, ada di antara penggodam dari Malaysia yang bertindak balas. Antaranya di bawah ini :



  11. Pernah juga ternampak para hacker indonesia ini mengambil maklumat sulit kata kunci kepada rakyat malaysia. Contohnya di bawah ini daripada http://hajarmalingsia.blogspot.com (kini sudah tiada lagi).

  12. Mungkin thread seterusnya cuba untuk berkongsi satu perisian percuma untuk memudahkan kita menyimpan password yang berbeza.



    Contoh Hacker Indonesia Memaparkan Kata Kunci Pengguna dari Malaysia

Mungkin Ada Suka

Related Posts with Thumbnails