Tuesday, July 20, 2010

1. MMORPG - Dunia Yang Penuh Fantasi dan Ketagihan ????



  1. Sebut sahaja mengenai MMORPG (Massively Multiplayer Online Role-Playing Game) , pasti penggemar-penggemar permainan komputer pernah terjebak ke lembah `ketagihan` walaupun hanya beberapa hari sahaja. ahaks!. Terdapat juga kisah-kisah menyayat hati terhadap individu2 yang berkecimpung dalam genre MMORPG ini. Antaranya `pasangan suami isteri` yang ketagih bermain permainan MMORPG di korea selatan telah alpa dalam menguruskan bayi mereka sehingga menyebabkan kematian.

  2. Berbalik kepada permainan ini, pengalaman selama lebih kurang 7 tahun berkecimpung dalam dunia permainan fantasi sedikit sebanyak memberi sumber inspirasi mengenal keadaan dunia cyber dengan menggunakan `avatar`@ character yang mewakili pemain. Bermula dari tahun 2003 , permainan pertama yang ak terjebak dalam dunia MMORPG ialah Knight Online.

  3. Menggangap permainan itu sebagai satu alternatif untuk membina kreativiti dan juga masa lapang (erm, sepatutnya diisi dengan amal ibadat yang lebih baik), dan akhirnya ak juga terkena tempias `ketagihan` (read: Addiction to the games).

  4. Mungkin ada di antara pembaca yang sudah lama berkecimpung dalam permainan ini, dan sudah bersara. Dan ak kini juga dalam proses bersara.


Antaranya permainan-permainan MMORPG yang pernah dicuba :


1. Knight Online (2003-2006)
2. Vampire Slayer Online
3. Mobius
4. Ran Online

5. Runescape

6. Conquer Online

7. Mo Siang Online

8. Supreme Destiny (dead game)

9. Risk For Your Life 1
10. Risk For Your Life 2

11. Fiesta

12. Dekaron @ 2Moons

13. Soul of United Nation (SUN)

14. Dungeon and Dragon Online

15. Rune of Magic
16. Cabal Sea Online

17. Pirate King Online

18. Voyage Century
19.World of Warcraft
Europe Server
20. Maple Sea
21. Earth Eternal (Web Browser Online)

22. Supreme Destiny

23. Heroes of Might and Magic Online
24. Last Chaos

P/S : Kepada sesiapa yang belum menjejakkan `tangan` ke dalam permainan dunia MMORPG agar dinasihatkan supaya berfikir dan meminta pandangan dan nasihat daripada orang yang lebih baik amalannya. =)

0 Pengkritik:

Post a Comment

Mungkin Ada Suka

Related Posts with Thumbnails