Saturday, February 27, 2010

5. Login Facebook dapat RM 100 ? wah....





  1. erm, sebelum menulis entri ini, ak ternampak satu group di FB bertajuk seperti yang dinyatakan di atas. tulis di ruangan search, then dapati apa yang dipaparkan gambar di atas. huhu. zzz. i`m just curious bout something relate on internet money, wahaha. tapi jika ia berkaitan dengan skim cepat kaya dengan menjana pendapatan dengan hanya menggunakan orang bawahan sebagai mangsa, ia semestinya sesuatu yang tidak beretika.

  2. Ada orang kata , terlampau skeptik pun tak elok gak. ahaks! pepun ak bukan ahli yang layak menulis entri nie, cuma nak berkongsi maklumat.

  3. Ustaz Khairuddin juga di dalam webnya hari ini memberi penerangan serta hukum muamalat berdasarkan fenomena "Login Facebook Dapat RM100". di link ini.

  4. "Login Facebook Dapat Rm100 “ tu sebenarnya diorang join MLM yang berkonsepkan affiliate. Diorang promote dekat Facebook buat status, send message spam, tag gambar diorang yang ada tunjuk duit (USD 25) RM100. Lepas tu diorang suruh hantar message kat inbox kalau nak tahu.

  5. Pastu yang berminat diorang send message, and bila dah tahu diorang kena buat payment dekat orang yang refer kan diorang tu. Setahu program yang diorang join ni Infinity Downline.

  6. Tidak dinafikan komisyen yang diberikan oleh syarikat ini boleh membuatkan keuntungan yang besar berdasarkan penerangan di web site itu.

  7. Cuma dapat disimpulkan melalui pendapat ( bukan Fatwa) Ustaz Zaharrudin di webnya :-

i) Latar belakang syarikat Infinity Downline (ID) diragui.

ii) Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih
kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan
hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli
sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana
komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.

iii) Yuran USD 25 (RM 100) menjatuhkan ia di dalam unsur masyir dan
perjudian.

Friday, February 26, 2010

4. Moral of the Story : Kungfu Panda


  1. Pernahkan korang menonton filem Kungfu Panda ? huhu, filem yang banyak moral value dari filem animasi yang popular sekitar tahun 2008.

  2. Sekitar Tahun Baru Cina yang lepas , ak berpeluang untuk menonton nya sekali lagi di siaran TV. Mungkin sekitar tahun 2008 ak menontonnya hanya sebagai hiburan, dan akhirnya ia hanya tamat sebagai satu hiburan.

  3. Berpeluang menontonnya di tv kali ini, pada 14 Februari lalu, tidak dinafikan , ada adegan yang membuat ak menitiskan air mata.. T___T , hehe. adakah ak disihir? lolz, atau hanya tindakan refleks daripada mataku, sehingga perasaan ak tidak dapat lagi menanggungnya dan hanya dapat diluahkan dengan air mata...@_@.

  4. erm , uniknya ciptaan Allah yang bergelar manusia ini. Berjumpa dengan pelbagai jenis orang membuatkan ak terfikir, ada orang menangis bila menonton cerita filem hindi, korea, anime dan lebih membuatkan ak bingung ada juga manusia menangis apabila peserta AF tersingkir daripada meneruskan berada di akademi. (huhu, teringat sekitar tahun 2003 , ketika itu ak Form 5, seorang rakan sekolah memberitahu ak, ramai orang menangis tengok AF, erm pada ketika itu bermulanya AF 1, dan ketika itu ak tak tahu apa itu akademi fantasia..)

  5. erm, apabila ak menontonnya , dapatlah ak simpulkan, pabila time penyingkiran, elemen music sentimental dimasukkan, untuk memberi rangsangan tenaga bunyi terhadap elemen emosi manusia. dan ditambah pula elemen percakapan oleh juruacara yang disusun rapi dari segi kosa kata untuk memberi rangsangan kepada manusia untuk menjadi sedih ketika itu. huhu.

  6. Begitu juga , baru-baru ni ak termenonton rancangan macam-macam aznil musim baru, yang menyelitkan slot (link :tangkap leleh) , huhu.

  7. Allrite , berbalik kepada topik. Filem Kungfu Panda, merupakan satu filem yang unik bagi ak. Kerana pada mulanya Po, watak utama, seorang panda yang berbadan besar, yang tidak mudah putus asa, hendak belajar kungfu, dan secara tidak sengaja dipilih sebagai the Furious Five.

  8. Guru Kungfu (SHiffu) sejenis Red Panda , dan rakan-rakan nye yang lain memandang rendah terhadap kebolehan dirinya . erm , kemungkinan disebabkan melihat dari segi luaran sahaja.

  9. Disebabkan keadaan sangat terdesak ketika itu, dan tiada pilihan lain untuk menentang Tai Lung maka nak tak Shiffu terpaksa mengajar Po(Panda) kung fu.

  10. Buntu untuk mengajar Po kungfu dengan teknik kebiasaan yang digunakan untuk anak muridnya yang lain, Shiffu seolah-olah seperti berputus asa.

  11. Akhirnya , shiffu melihat potensi si Po apabila Po ini merupakan seorang yang kuat makan, dan sangat konsisten terhadap perkara yang dia minat itu sehinggakan boleh memanjat untuk mengambil balang makanan.

  12. Tindakan Luar sedar si Po terhadap perbuatannya yang memanjat disedari oleh Siffu, membawa satu harapan baru oleh siffu. Dari situ lah , Siffu beranggapan untuk mengajar anak murid nya yang satu ini perlukan kaedah yang berbeza. Dan akhirnya , si Po berjaya menyerap ilmu kungfu.

  13. Ada sesuatu poin yang menarik perhatian ak dalam babak itu. Erm, mungkin suatu hari kita akan mempunyai anak , sama ada anak sendiri atau anak murid (jika bergelar guru), maka proses kenal pasti potensi individu rasanya perlu dilakukan, untuk mengaplikasi teknik pengajaran yang sesuai dengan tahap pemikiran dan juga psikologi mereka.

  14. Selain itu juga, babak di mana si Po yang putus harapan kerana mengetahui Legendary Scroll yang diwar-warkan sebenarnya hanya kerta kosong. Fikirannya terbuka luas apabila ayahnya seekor angsa, tukang masak mee yang terkenal, memberitahu kepada Po , tiada sebenarnya secret recipe. kata angsa itu, yang diperlukan , keyakinan terhadap sesuatu itu. erkz.

  15. erm , filem2 yang sedemikian merupakan salah satu filem yang ak masukkan dalam label motivasi. Terdapat juga beberapa filem yang ak anggap memberi satu tenaga (sama ada -ve @ +Ve) dan refleks terhadap emosi ak sebagai seorang manusia.

Tuesday, February 23, 2010

3. The Arrivals (KEtibaan)


  1. Hari demi hari, masa sememangnya berlalu dengan pantas dengan IzinNya.

  2. Entri kali , ini ak ingin menulis berkisar pengalaman ak semasa ak berada di semester akhir (sekitar bulan Februari 2009) di UTM , skudai.

  3. Sungguh banyak pengalaman yang ak terima , manusia sememangnya unik, dari segi minda, kebolehan , kompentensi, kemahiran dan sebagainya.

  4. Pada ketika itu, ak pergi menziarahi rakan ak di bilik dormnya. tidak dinafikan rakan ku ini sememangnya sangat suka membaca buku. Dan ak terkena tempias nye juge. Setiap minggu ada sahaja buku yang dibeli atau dipinjam di perpustakaan. Inspirasi membeli buku-buku ilmiah di badan bookstore di plaza angsana juga secara tidak langsung daripada aura yang ada pada dirinya.

  5. Dan pada ketika ak ziarah ke biliknya , ak cuba membelek buka yang baru dibelinya. Buku yang sangat berkualiti dari segi covernya. hehe, orang kata `don`t judge the book by its cover`. erm, kemungkinan betul juga. teringat kata2 seorang trainer , yang mengatakan terdapat pelbagai buku-buku di pasaran, masing-masing bersaing untuk menarik perhatian pembaca. dan sememangnya cover buku itu merupakan salah satu faktor untuk menarik perhatian mata memandang dan seterusnya mempengaruhi minda untuk membelek isi dalamnya.

  6. Tajuk buku "Gerakan Freemasonry". hehe, baru ak teringat tajuk buku itu setelah melawat blog rakan sekolah ak. (source)






  7. Erm , sungguh terbuka minda ak apabila membaca buku itu. Apa yang sedang berlaku di dunia ini seolah-olah manusia seperti di brainwash atau sihir zaman moden. termasuk juga ak. mungkin ini dikatakan minda separuh sedar. i`m not sure.

  8. Ak sebenarnya masih dalam berjinak-jinak untuk memahami keilmuan islam yang betul-betul tulen tanpa ada prejudis yang mewakili parti-parti politik demokrasi.

  9. Sememangnya ak berada di zaman yang sungguh kompleks untuk dihuraikan. @_@.

  10. Berbalik kepada buku yang ak nyatakan di atas, perancangan ini sememangnya sudah dibuat semasa ak belum lahir lagi.

  11. Teringat agi , semasa ak di tingkatan 4, subjek sejarah ,mengenai pihak british yang menjajah Amerika Syarikat (Sumber: 13 Koloni) . Pihak British dikritik kerana negara kecil menjajah negara besar.

  12. British pada ketika itu merupakan negara yang super power , tetapi belum mutlak disebabkan Khilafah Islamiyah masih ada.

  13. Dan akhirnya peralihan super power ini beralih ke Amerika , dan menjadi mutlak setelah keruntuhan khilafah pada tahun 1924.

  14. Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:

    Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.

  15. Menurut , Sheikh Imran Hussain. (Source:) ,

    Satu hari terasa bagaikan setahun
    Dajal perintah dunia melalui Great Britain.

    Great Britain adalah kuasa paling kuat dan pound sterling menjadi matawang utama dunia.

    Ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan
    Dajal perintah dunia melalui Amerika Syarikat...
    Amerika Syarikat adalah kuasa yang paling kuat dan US Dollar menjadi matawang utama dunia

    Ada satu hari yang terasa satu minggu Dajal akan perintah dunia melalui Holy Land,Jurusalem (Israel)
    Dan bila Dajal perintah dunia melalui Israel, Israel akan jadi kuasa utama dunia dan invisible money akan menjadi matawang utama dunia.
    (erm, invisible money boleh dikatakan electronic money ? @_@ )

    (Sumber: the arrival )

  16. Terdapat juga blog yang memaparkan pendedahan mengenai aktiviti illuminiti dan freemason (contohnye http://www.haz1khalid.blogspot.com/, mistisfiles.blogspot.com

  17. Terdapat juga movie hollywod National Treasure , Angel and Devil , ada unsur2 illuminati. dan juga subliminal message. Simbol One Eye.





Lady GAGA

2. Facebook Delete or Deleted ?




  1. Sebelum ni di thread facebook, akhirnya , ak decide tuk membuka akaun fb.

  2. Terdapat beberapa maklumat yang sebelum ni ak kumpulkan mengenai FB, begitu juga dengan Friendster, Youtube , Yahoo dan Google. (Sorry, twitter not included, :P)

  3. Carian maklumat berkaitan web-web yang terkenal yang ak nyatakan di atas adalah berkisar mengenai teknik2 pemprograman, pengkodan, keunikan produk, dan juga orang-orang penting disebalik pengendali web2 tersebut.

  4. Berdasarkan pemahaman ak, dapat disimpulkan , produk2 web tersebut mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi sejarah, bahasa pengaturcaraan yang digunapakai, dan juga dari segi teknik pengiklanan yang begitu mempengaruhi pengguna.

  5. Memang tidak dinafikan juga di Malaysia , kebanyakannya mempunyai akaun email yahoo dan juga gmail. Ia seolah-seolah seperti fenomena `mee segera`. apabila berada di restoran atau di rumah, hendak makan mee segera, mesti akan mengatakan mee maggi bukan mee segera. (p/s: "Maggi" nama produk makanan dibawah syarikat nestle)

  6. erm, mungkin ini disebabkan faktor pengiklanan yang begitu memainkan peranan yang hebat dari segi mempengaruhi minda manusia dan juga mungkin produk itu sendiri yang unik dan pada ketika itu tiada lagi persaingan jenis produk yang sama.

  7. Allrite , berbalik kepada isu facebook, ak sebenarnya sebelum ini tidak ada masalah untuk memasuki dan mendaftar di laman sosial yang sedia ada contohnya : friendster, myrakan, muslimspace.

  8. Tetapi ada sesuatu artikel yang mempengaruhi naluri fikiran dan menyebabkan ak mendelete akaun facebook ak pada awal bulan februari lalu.

  9. Mungkin ada rakan-rakan yang mgkin tidak bersetuju, erm , tapi pada ak sebenarnya, ak ingin membuat uji kaji selama beberapa minggu , untuk ak tidak meng` login` ke ruangan facebook.

  10. erm, berdasarkan ujikaji ini ak dapati sehari , 2 hari , tidak on facebook, rasa seperti tidak lengkap pada hari itu. T_T, mungkinkah ini merupakan satu ketagihan? T_____T

  11. Tetapi ak cuba utk terus tutup akaun facebook , dan akhirnya , ak merasakan sesuatu kelainan, erm.

  12. Tempoh ak mendelete akaun iaitu bermula awal februari sehingga 21 februari lepas.

  13. Dan 2 hari lepas , rakan sekelas semasa di sekolah menengah , ingin membuat gathering, dan mengajak turut serta dalam perbincangan di facebook. erm, mungkin di sini, ak cuba utk create akaun yang baru, untuk ak memulakan ujikaji yang kedua terhadap facebook ini.

  14. Dan sememangnya facebook ini diiklankan secara percuma di TV1 , untuk promosikan 1Malaysia. hehehe.

  15. Erm, melihat di dada akhbar juga, kebanyakan fitnah dan skandal2 artis mendapat liputan di di ruangan gosip akhbar (soseh-soseh metro) facebook a.k.a `ruangan menyebok`. hehe.

  16. Walaubagaimanapun , mungkin jika ada rakan ku bertanya `ada fb x ? ` , hehe, dan ak selamba ak katakan `create fb nie tuk main game, dan dapatkan maklumat terbaru mengenai teori konspirasi new world order daripada page `FREE OUR MIND`. huhu.

  17. yeah, FB is something phenomena. but something strange about this phenomena. well, the truth is outhere.hehe. klik gambar di bawah untuk membacanya.

  18. Seperti peribahasa, `Rambut Sama Hitam, Hati Lain-lain`, mungkin sesetengah orang mempunyai persepsi berbeza. Tetapi yang pastinya persepsi ini perlu untuk diselarikan dengan Al-Quran dan Sunnah.

  19. Akhir kata ," log off see the beautiful sky" . :DD (Klik gambar di bawah untuk besarkan gambar)



Thursday, February 18, 2010

1. Komik Online : Menusuk Kalbu oleh Saudara MFR

SIRI KOMIK ADAB [01-09]

Mungkin Ada Suka

Related Posts with Thumbnails