Tuesday, March 16, 2010

5. erm, something is not right


  1. erkz, nak tulis sesuatu setelah seminggu lebih tak tulis apa2 kat blog. tapi tiba2 sesuatu perasaan yang menggangu emosi ak sebagai seorang manusia.

  2. erm, perasaan ragu2, musykil , penuh tanda tanya/seruan/soal/ dan sebagainya penuh di dalam kotak pemikiran ak. zzzz.

  3. di media2 minggu ini dan minggu lepas banyak memaparkan fenomena yang membuatkan ak tertanya-tanya.

  4. sebelum ini ak mengganggap berita di akhbar itu apabila dibaca untuk dijadikan iktibar dan panduan untuk tidak berulang kepada anak cucu dan juga masyarakat sekeliling.

  5. Tetapi lama kelamaan, semakin `curious` ak dengan kejadian ngeri yang berlaku.

  6. Ada juga rakan2 ku yang selalu kata kepadaku "hang nie buat pe nak sibuk2 hal diorang, bukannye ko yang kena pun". "Baik hang tumpukan pada hidup ko. kerja pun tak stable agi, nie pula nak susah2 hal orang lain. enjoy ur life , k!....

  7. erkz, kritikan yang standard ak terima sejak daripada zaman universiti agi. ahaks! erm, ak pun bukan orang yang sesuai untuk tulis entri ni, tetapi ak rasa ada `something is not right!!!!!`.

  8. ya, benar di mana-mana negara pun mempunyai masalah tersendiri. inikan pula di bumi malaysia.

  9. Menonton `Aliff Firdaus` di TV 3 jam 9.30 malam tiap2 jumaat, membuatkan agi ak rasa something is not right... erkz, khuatir juga diri ini hanyut dengan permainan dunia.

  10. Erm, ak harap ak tidak dipengaruhi oleh anime Death Note dan juga filem Anniyan dijadikan suatu harapan sebagai agen perubahan sosial. (astaghfirullah al-Azim).

  11. Ajaran Islam sepatutnya dijadikan titik tolak sebagai agen perubahan sosial. Mungkin ak tidak layak untuk berceramah, tetapi dalam naluri hati kecil ak sentiasa menginginkan suatu perubahan mentaliti secara global ke arah cahaya kebenaran dan keimanan.

  12. plus , ditambah pula keadaan politik malaysia yang agak tegang. ditambah pula dengan lambakan filem2 barat yang sentiasa mengajar manusia untuk berfikiran `tiada tuhan` di dunia ini, semakin bertambah lagi kekusutan.

  13. Apa pun, tujuan asal tulisan ari nie adalah untuk sebagai peringatan kepada aku sendiri.


Monday, March 8, 2010

4. Movie : Prince of Persia


  1. Prince of Persia merupakan game komputer genre arcade yang pertama ak main di komputer sekitar tahun -90 an. woot! epik. Di bawah ini merupakan screenshot prince of persia 1 dan 2.

  2. Dijangka Mei 2010 , movie Prince of Persia akan ditayangkan adaptasi daripada video game prince of persia : sand of time . Berkisar mengenai Dagger of time yang mempunyai fungsi untuk mengembalikan masa kepada keadaan sebelumnya.



  3. Game prince of persia dikendalikan oleh syarikat Ubisoft dimana game Assasins Creed juga dibawah syarikat yang sama.
    -Costume Assasin`s Creed
    -Filem Pendek Assasin`s Creed



Altair (Assasin`s Creed 1)



Ezio (Assasin`s Creed 2)

Saturday, March 6, 2010

3. Komik -Kartini


  1. Mengimbau kembali memori di zaman persekolahan , mengingatkan ak sesuatu ingatan yang sangat berharga mengenai persahabatan, detik-detik perjuangan dengan rakan2 menghadapi UPSR, PMR dan juga SPM.

  2. Ketika ini juga mengenang kembali jasa2 rakan2 yang membantu dalam meniti saat-saat getir. Selalu di tulis di penjuru papan hijaun dengan kapur , mengenai detik hari menjelang peperiksaan besar untuk memberi satu tanda AMARAN kepada pelajar2 supaya tidak leka.

  3. hehe. Di saat ini juga , ak terkenang kembali tindakan2 tidak matang , yang kukira jika diberi peluang ingin kembali pada masa silam dan memperbetulkannya. ahaks! ya , itu hanya berlaku di filem2 fiksyen saja. Sememangnya masa itu tidak boleh dikembalikan.

  4. Sebetulnya, ak tulis entri ini selepas membaca komik yang bertajuk `KARTINI` yang dilukis oleh Tembakau. Sungguh epik kisah itu. Ia membuatkan ak mengingat kembali memori silam semasa zaman persekolahan, zaman di mana CINTA MONYET berlaku, zaman di mana , sedang tercari-cari identiti dan zaman di mana kawan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tindakan.

  5. Dan ak mengakui, yang ak mengalami peristiwa2 yang dinyatakan di atas.

  6. Tidak dinafikan komik `Kartini` ini memberikan ak inspirasi untuk melukis komik diari ak ketika di zaman persekolahan. T__T.

  7. Dan, kini ak masih mencari sambungannya `Kartini Kembali` sekuel kepada `Kartini`. Ak hanya mendapatkan `Kartini` sahaja disebabkan di Badan Bookstore , Plaza Angsana , komik sekuelnya sudah kehabisan bah!!!....@_@.

  8. Kisah dalam komik `Kartini` ini ditamatkan dalam keadaan yang membuatkan pembaca tertanya-tanya tentang bagaimana penamatnya kisah cinta antara dua watak ini yang tercetus sejak zaman sekolah sehinggalah zaman mereka sudah menamatkan sesi persekolahan…Adakah Aryon dapat memiliki Kartini atau sebaliknya?…Silalah mendapatkannya di kedai2 buku berhampiran yang berharga RM 6.90( Kartini) dan RM 14.00 (Kartini Kembali).

Wednesday, March 3, 2010

2. Zombiezzz- Game Edition

Plant Vs Zombies


  1. Zombies~....Ada dua games yang ingin dikongsikan bersama bertemakan zzzombie. Memang tidak dinafikan game ini boleh menyebabkan fenomena `addiction to the games`.. @_@.

  2. Game Pertama : Plant Vs Zombie (Rating 4.5/5)
    Game Kedua : Zombie Bowl (Rating 4/5)

  3. Klik link yang disediakan dibawah untuk mendownloadnya.

zombie bowl

Monday, March 1, 2010

1. Maklumat Kerjaya


  1. Entri pertama bulan mac ini, ak ingin berkongsi maklumat berkaitan dengan kerjaya. Maklumat ini diperolehi daripada sumber web "Pusat Maklumat Kerjaya" atau pun ia lebih dikenali dengan Career Info Centre (CIC) yang memunyai kaitan dengan JobMalaysia.gov.my dan juga Ministry of Human Resources (MOHR) .

  2. Mungkin maklumat yang ada diweb itu boleh dijadikan rujukan bagi sesiapa bakal graduan ataupun pelajar lepasan SPM atau matrikulasi yang masih tercari-cari kursus yang sesuai diambil untuk melanjutkan pelajaran di peringkat seterusnya.

  3. Berikut merupakan link download yang rakan2 boleh downloadnya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kerjaya yang ingin dipilih.

  4. Maklumat berikut , boleh juga dijadikan suatu maklumat tambahan semasa ditemuduga.

  5. Bercerita mengenai temuduga, memang tidak dinafikan , kejadian gementar @ nervous sentiasa terjadi. Ini disebabkan kemungkinan ada segelintir kita yang masih belum terdedah dengan situasi kerja malah situasi alam pekerjaan sangat berbeza dengan situasi di institut pengajian tinggi.

  6. Mempunyai maklumat2 konkrit tentang kerjaya yang ingin dipohon sedikit sebanyak dapat memberi reaksi positif penemuduga terhadap kebolehan kita. Sesungguhnya rezeki ada di mana-mana, cepat atau lambat sahaja. yang penting usaha yang sentiasa berterusan. InsyaAllah.

  7. Maklumat berikut merupakan Malaysia Standard Of Classification of Occupations 2008

Download : Principles of Classification of Occupations (Maklumat terperinci)


Major Group 1 : Managers
Major Group 2 : Professionals (Chemist, Engineering, Doctor)
Major Group 3 : Technician and Associate Professionals
Major Group 4 : Clerical Support Workers (Secretary, Clerk , PA)
Major Group 5 : Service and Sales Workers
Major Group 6 : Skilled Agricultural, Forestry and Fishery Workers
Major Group 7 : Craft and Related Trades Workers
Major Group 8 : Plant and Machine Operators, and Assemblers
Major Group 9 : Elementary Occupations
Major Group 0 : Armed Forces Occupations

p/s : maklumat berikut mempunyai 10 files pdf dan juga satu file txt. Selamat Memuat Turun. :)


Mungkin Ada Suka

Related Posts with Thumbnails