Wednesday, July 21, 2010

2. Sepohon Kayu Daunnya Rimbun



  1. Ketika ak masih kecil, lagu nasyid ini sering menjadi inspirasi untuk ak lebih bersemangat dan sentiasa awas dalam menjaga solat. Dan sentiasa takut dengan balasan bagi orang yang meninggalkan solat.

  2. Dan kini ak meniti usia belia menghampiri ke dewasa, ujian dan juga cabaran yang hebat berada di persekitaran.

  3. Alunan muzik kontemporari (masa kini) , sedikit sebanyak memberi kesan ke atas ideologi.

  4. Ditambah pula dengan keadaan pada masa kini yang memberi penekanan kepada persaingan materialistik dan kapitalisme yang mencengkam.

  5. Semoga kita semua dapat menghadapi cabaran akhir zaman ini dengan tabah. "Inilah peringatan buat diriku yang sering lupa".

  6. Oh ya, di bawah ini video sepohon kayu yang dirosakkan umat pada masa kini. >.< (walaupun cerita itu versi komedi, pepun korang pun boleh menilainya sendiri kewajaran mempersendakan lagu versi nasyid ini)...

    edited: harap para pembaca tidak menghukum individu-individu yang berada video ini, dan didoakan suatu hari diri kita semua dan orang perseorangan dalam vid ini diberi hidayah , insyaAllah.


2 Pengkritik:

EyEdA said...

yg halal itu jelas
yg haram itu juga jelas..
mengadili insan itu t/jwb Tuhan..
tugas kita amal ma'ruf nahi munkar..
siapalah kita utk membuat sebarang penilaian..
sesungguhnya kita ini hanyalah hambaNya yg lemah..

p/s: maaf syed, sy hny m'utarakn pndpt..

pengembara707 said...

thanks eyeda for sharing.

erm, cuma lagu versi sepohon kayu dunia baru ini dimain-mainkan nilai dan pesanannya yang berat iaitu menunaikan solat.

dan latarbelakang video itu menunjukkan manusia kegirangan dan berdansa menyebut nama Allah dan seruan ke atas solat.

tidak bermaksud untuk saya dan juga para pembaca memberi penilaian dan menghukum orang perseorangan dalam video itu, dan amalan saya dan diri ini juga masih tidak sempurna.

cuma yang menjadi kekesalannya lirik lagu itu dimain-mainkan dan menjadi satu sendaan yang suatu masa dahulu menjadi inspirasi dan peringatan bagi penulis.


:)

p/s: cuma tulisan saya pada entry ini mengingatkan diri saya supaya berhati-hati untuk tidak terjebak dengan sesuatu yang saya kritik pada hari ini.

Post a Comment

Mungkin Ada Suka

Related Posts with Thumbnails