Saturday, February 27, 2010

5. Login Facebook dapat RM 100 ? wah....





  1. erm, sebelum menulis entri ini, ak ternampak satu group di FB bertajuk seperti yang dinyatakan di atas. tulis di ruangan search, then dapati apa yang dipaparkan gambar di atas. huhu. zzz. i`m just curious bout something relate on internet money, wahaha. tapi jika ia berkaitan dengan skim cepat kaya dengan menjana pendapatan dengan hanya menggunakan orang bawahan sebagai mangsa, ia semestinya sesuatu yang tidak beretika.

  2. Ada orang kata , terlampau skeptik pun tak elok gak. ahaks! pepun ak bukan ahli yang layak menulis entri nie, cuma nak berkongsi maklumat.

  3. Ustaz Khairuddin juga di dalam webnya hari ini memberi penerangan serta hukum muamalat berdasarkan fenomena "Login Facebook Dapat RM100". di link ini.

  4. "Login Facebook Dapat Rm100 “ tu sebenarnya diorang join MLM yang berkonsepkan affiliate. Diorang promote dekat Facebook buat status, send message spam, tag gambar diorang yang ada tunjuk duit (USD 25) RM100. Lepas tu diorang suruh hantar message kat inbox kalau nak tahu.

  5. Pastu yang berminat diorang send message, and bila dah tahu diorang kena buat payment dekat orang yang refer kan diorang tu. Setahu program yang diorang join ni Infinity Downline.

  6. Tidak dinafikan komisyen yang diberikan oleh syarikat ini boleh membuatkan keuntungan yang besar berdasarkan penerangan di web site itu.

  7. Cuma dapat disimpulkan melalui pendapat ( bukan Fatwa) Ustaz Zaharrudin di webnya :-

i) Latar belakang syarikat Infinity Downline (ID) diragui.

ii) Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih
kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan
hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli
sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana
komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.

iii) Yuran USD 25 (RM 100) menjatuhkan ia di dalam unsur masyir dan
perjudian.

0 Pengkritik:

Post a Comment

Mungkin Ada Suka

Related Posts with Thumbnails