Penulis tidak menyimpan sebarang file media di laman web/server ini Semua media yang berada di laman ini dikumpul hasil daripada carian di internet. Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas semua bahan di dalam web ini. Jika anda adalah pemilik hak cipta atau pemilik sebarang bahan di dalam web ini, sila hubungi saya. Penulis akan membuangnya dengan segera.
Mengimbau kembali memori di zaman persekolahan , mengingatkan ak sesuatu ingatan yang sangat berharga mengenai persahabatan, detik-detik perjuangan dengan rakan2 menghadapi UPSR, PMR dan juga SPM.
Ketika ini juga mengenang kembali jasa2 rakan2 yang membantu dalam meniti saat-saat getir. Selalu di tulis di penjuru papan hijaun dengan kapur , mengenai detik hari menjelang peperiksaan besar untuk memberi satu tanda AMARAN kepada pelajar2 supaya tidak leka.
hehe. Di saat ini juga , ak terkenang kembali tindakan2 tidak matang , yang kukira jika diberi peluang ingin kembali pada masa silam dan memperbetulkannya. ahaks! ya , itu hanya berlaku di filem2 fiksyen saja. Sememangnya masa itu tidak boleh dikembalikan.
Sebetulnya, ak tulis entri ini selepas membaca komik yang bertajuk `KARTINI` yang dilukis oleh Tembakau. Sungguh epik kisah itu. Ia membuatkan ak mengingat kembali memori silam semasa zaman persekolahan, zaman di mana CINTA MONYET berlaku, zaman di mana , sedang tercari-cari identiti dan zaman di mana kawan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tindakan.
Dan ak mengakui, yang ak mengalami peristiwa2 yang dinyatakan di atas.
Tidak dinafikan komik `Kartini` ini memberikan ak inspirasi untuk melukis komik diari ak ketika di zaman persekolahan. T__T.
Dan, kini ak masih mencari sambungannya `Kartini Kembali` sekuel kepada `Kartini`. Ak hanya mendapatkan `Kartini` sahaja disebabkan di Badan Bookstore , Plaza Angsana , komik sekuelnya sudah kehabisan bah!!!....@_@.
Kisah dalam komik `Kartini` ini ditamatkan dalam keadaan yang membuatkan pembaca tertanya-tanya tentang bagaimana penamatnya kisah cinta antara dua watak ini yang tercetus sejak zaman sekolah sehinggalah zaman mereka sudah menamatkan sesi persekolahan…Adakah Aryon dapat memiliki Kartini atau sebaliknya?…Silalah mendapatkannya di kedai2 buku berhampiran yang berharga RM 6.90( Kartini) dan RM 14.00 (Kartini Kembali).
Tulisan yang ada di sini bukan semata-mata untuk mendapat publisiti murahan ,ia cuma sekadar berkongsi pendapat, teknik, tools, falsafah filem & games, hal-hal semasa , pengalaman penulis yang boleh dikongsi semasa menjalani seminar , latihan dan berinteraksi dengan makhluk yang bergelar manusia dan juga benda yang bernama komputer.~
contact at pengembara707@yahoo.com
1 Pengkritik:
lame xbc kartun2 cm ni..
Post a Comment