Tuesday, January 5, 2010

3. GEMS




  1. Allrite ari nie ak ingin berkongsi mengenai pengalaman berada di program Graduate Employability Management Scheme (GEMS) atau dalam bahasa ibunda disebut `batu permata`.

  2. GEMS ini dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjana peluang latihan dan pekerjaan,if korang nak tau lebih lanjut boleh le ke portalnye. klik

  3. Kerajaan, melalui syarikat GLCs seperti Khazanah dan PNB akan melancarkan "Graduate Employability Management Scheme" (GEMS), yang didasarkan kepada skim graduan terdahulu yang telah dilaksanakan oleh syarikat-syarikat GLC dengan jayanya.

  4. Kerajaan bercadang untuk menyokong dan menyelaraskan usaha-usaha GLC dalam menangani masalah graduan menganggur ini dengan mewujudkan satu program bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka sebelum mereka diserap atau mendapat pekerjaan di syarikat GLC mahupun swasta.

  5. Sasaran program ini ialah untuk melatih sehingga 12,000 graduan dalam jangkamasa dua tahun. Kerajaan yakin, progam ini dapat menyumbang kepada pertumbuhan penggunaan domestik di samping memberi pengalaman yang berharga kepada graduan terlibat. (yep, sesuatu yang berharga)

  6. Ayat di atas ak copy and paste. Mengenai training yang ak jalani di GEMS di STC , antara modul yang ak rasa paling sangat2 berguna adalah seperti berikut. (13 Modul)

    A. Achieving Personal Excellent
    B. English for Business Communication (Part 1 and 2)
    C. Project Management
    D. Bussiness Appreciation
    E. Professional Grooming
    F. Customer Service
    G. Time Management
    H. Team Building
    I. Operation Management
    J. Office Management
    K. Presentation skill
    L. Interpersonal Skill
    M. Employability Enhancement

    dan ditambah dengan 4 projek yang perlu dilakukan oleh para peserta mengikut kumpulan masing2

    A. English Talent Day
    B. Community Service
    C. GEMS Carnival
    D. Corporate Dinner

  7. Peserta dibahagikan mengikut `Syarikat` (yang x berdaftar) , ahaks! berdasarkan penilaian `characteristic` -rating 1-5 terhadap kemahiran dan sikap tertentu.

  8. 2 bulan setengah merupakan sesuatu yang amat berharga pada ak, di situlah ak mengenal rakan-rakan seperjuangan yang mempunyai karekter yang unik.

  9. Dalam tempoh latihan itu juga , pengalaman yang bermakna bagi ak, tarikh 13 november 2009 , pada jam 2 petang , mengalami kemalangan yang begitu mendidik ak supaya lebih bersyukur apa yang dikurniakan. rakan-rakan seperjuangan sangat memberi sokongan moral walaupun pada ketika itu , moral ak kadang2 menurun.

  10. Nilai2 GEMS yang selalu dititikberatkan iaitu PESAT (Professional, Excellence, Self Discipline ,Active Learning, dan juga Team Working). Nilai2 ini yang ditanam oleh para trainer kepada para peserta supaya apabila berhadapan dengan situasi pekerjaan yang lebih mencabar dapat di neutralkan sedikit dengan nilai2 yang sedemikian. Perbelanjaan bagi seorang peserta yang mengikutinya memang tidak dinafikan memang besar jumlahnya.

  11. GEMS sudah berlalu, ak juga melangkah pergi untuk berhadapan dunia yang penuh persaingan dan juga serba mencabar. Kepada rakan2 seperjuangan di GEMS STC ,semoga terus berjaya di dunia ini dan dunia seterusnya. -peace-


0 Pengkritik:

Post a Comment

Mungkin Ada Suka

Related Posts with Thumbnails